Kajol


Itu jam gua nengok berduyun-duyun orang kampung turun. Gua sendiri agak teruja nak nengok siapakah Kajol yang digembar-gemburkan turun buat persembahan kat Expo kat sini beberapa minggu nan lalu. Gua bajet awek ni musti cun jika tidak masakan dia bisa pakai nama Kajol? Serius siht gua cakap lu orang kampung ramai gile yang turun. Itu jam gua lepak kat tempat bandel tu tunggu Kajol naik ke pentas. Orang ramai semakin tak sabar. "Mesti best ni..", getus hatiku.

Kajol memulakan persembahan dengan lagu 'Kau kunci pintu hatiku dalam pintu hatimu apanama tah tajuknya'

Kajol adalah seorang balak transvestif berbadan sasa, memakai pakaian wanita dan menyanyi suara falsetto.


Maka termaktublah pada hari itu aku menyumpah seranah dalam 3 bahasa dan dialek yang berbeza dengan perkataan-perkataan lucah yang jarang sekali bermain di mulut gua.

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa