Muse Concert Report Extended


Klik Untuk Beso

Cekidaut the Full Report kat www.kumprinx.com

Sewaktu ke Konsert Muse tempohari gua jugak sempat menyambar beberapa barangan.

Tali pinggang cap 'Muse'
Tali pinggang ni dia jual kat dalam stadium. Official merchandise. Kebetulan tali pinggang yang gua pakai skang ni dah usang dan lusuh. Ada satu je kat booth merchandise tu. Gua terus sambar tanpa banyak berfikir lagi. Kepala dia stainless steel berukir muse. Dan kat tali dia ada tulis 'Blackholes and Revelation' Rare tak rare ler.. korang boleh nengok kat official website diaorang.

Muse Wristband
Gua dengan wristband memang tak dapat dipisahkan lagi. Juga unit terakhir kat booth tu. Gua terus sambar. Tapi ia terlalu lebar untuk kegunaan seharian. Gua ingat nak simpan dan pakai time perform je. Official Site

Dunhill FineCut
Kat Lipis takde jual. Lebih panjang dari Dunhill biasa. Bara dia lebih intense menghasilkan flavour yang lebih kompleks dari biasa. Skang dah habih.

DVD Honey And Clover
Gua kongsi duit ngan mael beli. Memang dah lama plan nak angkat. Antara anime yang terbaik pernah aku layan.

Tag Muse
Ni cap ayam punya. Bukan official.

Serpihan Belon
Ini adalah serpihan belon masa konsert tu. Gua bawak balik untuk kenang-kenangan.

Juga cekidaut Laporan Istimewa Konsert Muse di Kuala Lumpur kat mother site www.kumprinx.com

Comments

telobesi said…
brader,
Kalau lu rajin baik lu cari DVD/VCD Ninja Scroll & DVD/VCD Battle Angle Alita! Antara Anime terbaik pernah dihasilkan (storyline dia best)!
Zack said…
Bang, walaupun tag tu cap ayam, aku nak ucapkan berbanyak tima kasih sebab sudi belikan barang2 tu. Tag tu dah elok tergantung kat kubikel aku di ofis.

PS: Cap ayam, cap ayam gak, tapi ko tau, siap ada orang tanya, aku dapat backstage pass ke? hehe...

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa