Paling Horror



Berikut adalah rentetan peristiwa kejadian misteri yang paling horror pernah berlaku kat gua sepanjang tahun ni. Sekarang gua masih lagi berada dalam keadaan traumatik dan shock di atas apa yang telah menimpa gua ni. Cerita-cerita macam ni biasa korang jumpa dalam majalah Mastika je.

Jika Anda :
-Pesakit Jantung
-Ibu mengandung
-Selalu trauma dengan perkara-perkara horror

Hentikan pembacaan anda, gua dah warning.

Begini ceritanya..

Malam tu seperti biasa rocker macam gua ni bersiap-siap kat umah untuk rutin melepak harian. Ketika sedang asyik mengenakan pakaian, gua terdengar bunyi mencicit kat luar bilik gua. Itu jam gua tak ambik pot dan menganggap itu hanya bunyi tikus. Selalu dalam bilik gua, gua sering bergelumang dengan tikus. Lantas setelah berpuas hati dengan penampilan gua malam tu, gua mengorak langkah ke kedai Pak Ali (Pork Lee) di Jalan Masjid Indie, Kuala Lipis untuk melepak. (Fakta Menarik : Gua ada cermin 'life-size' dalam bilik gua. Bukan gua punya) Sembang punya sembang jam telah menunjukkan pukul 2.00am. Malam tu gua planning nak siapkan ada beberapa kad nikah kahwin yang gua perlu dihantar keesokkan harinya.

Karena ingin berjaga sepanjang malam gua singgah kat kedai 7-11 yang berdekatan untuk angkat beberapa jajan dan air minuman tenaga 'Sting'. Kemudian gua terus blah menuju ke workstation gua yang terletak di railway station, Kuala Lipis. Masa lalu kat jalan jelai gua rasa motor gua macam berat semacam je, terutama di selekoh tajam. Itu jam aku harem tak pikir apa-apa, gua bajet angin tayar tak cukup je. Cuma aim gua hanyalah satu, cepat siap keje, cepat boleh tido sebab mata gua pun dah tak berapa larat dah ni.

Sampai kat ibusawat gua terus start melukis 'Pelan Ke Rumah Pengantin Lelaki' dan 'Walimatul Usus'. Tak semena-mena ada bau yang aneh menyelubungi. Gua amati bau tersebut, sebab kemungkinan besar bau orang kedai sebelah masak mee goreng. Ternyata dugaanku meleset.

"Ini macam bau Chekor dan Jerangau ni..", hati gua berbisik. Roma-roma di sekeliling lengan gua menaik dek kerna teringat kata orang tua-tua, kalau hiking dalam hutan terbau chekor ngan jerangau, maknanya ada kampung bunian berdekatan. Dan bau ini sering dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus.

Mata gua melilau ke kiri dan ke kanan kerana gua risau, jika benar adanya makhluk halus di sekeliling gua, janganlah ianya menyerupakan diri. Gua mungkin pengsan. Bau tersebut makin lama semakin kuat. Mata gua semakin berpinar.

Gua semakin seriau/risau(kacau-bilau)..

Pandangan gua jadi tak menentu. Itu jam gua rasa sangat horror. Dalam ketakutan gua menundukkan kepala.

Tetiba gua terlihat kesan tompok-tompokan kat seluar gua. Nampak macam darah. Detik itu gua tak dapat terima lagi apa yang berlaku. Gua dah macam hilang pertimbangan.

15 minit kemudian..

Kasut, seluar, tempat pijak kaki motor ngan motor-motor sekali gua basuh di pagi yang hening tu. Tak cukup ngan tu gua juga telah menyapukan cecair antiseptik di kawasan yang terlibat. Memang potong stim.

Hari ini gua akan ingat sebagai hari di mana buat pertama kali dalam satu jangkamasa yang sangat panjang, terpijak taik kucing.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa