Cari Duit Bang : Kad Kahwin Blues


Cari duit secara bertungkus lumus. Cari duit tak tido malam. "Cari Duit" tak makan nasik. Bukan style aku. Gua cenderung cari duit dengan cara yang santai (dan halal). Semalam gua nyaris miss makan nasik kerana terpaksa membuat kad kahwin lagi. I dont like it.

Peratusan kad kahwin dalam udara dah hampir sampai ke tahap tepu.

Apa ke jaddahnya ramai sangat orang kahwin bulan ni (dan bulan depan)? Dan semua orang nak kejar tarikh 07/07/07. Yang stress-nya, aku jugak.

Fakta Menarik : Ketika entry ini ditulis, ada satu lagi tempahan kad kahwin tiba.

Gua buat kad kahwin pakai MS Word je. Illustrator gua harem tak pandai guna. Namun output dia kadangkala jauh lebih solid dari pakai Illustrator. Dan print gua printer Pixma kesayanyan gua ni. Printer ni aku ingat dah print hampir 10,000 keping kertas sepanjang hayatnya. Padahal dia printer bubble-jet biasa je. Dan skang masih solid. Ink dia murah tak hengat. Dan kalau di-setting dengan betul, boleh print banyak gile. Sebab kalau setting biasa, ink dia banyak keluar sampai melimpah. Gua dah ejas supaya setiap keping dia print, dia keluar ink yang secukup-cukupnya.

Menggunakan MS Word untuk membuat kad kahwin mempunyai certain technical difficulties yang gua aim nak tackle. Sebab tu ianya sangat seronok cari duit guna cara ni. Zaman dulu-dulu gua seronok buat website, pakai elemen DIV. Syok gile layan ejas mende tu, gerak sikit-sikit, every pixel.

Ramai orang menganggap gua buat duit pakai mende ni. Pixma tu beli tak sampai 3 ratus, dah banyak gua buat duit. Dah boleh beli lapan Pixma. Dan Pixma ni memang power untuk cari duit. Walaupun duit yang gua perolehi setiap tempahan kad kahwin tak seberapa, namun cukup unbtuk gua pekena rokok sekotak, makan ayam dan isi minyak motor. Dengan itu, pendapatan primary gua boleh guna untuk perkara yang lebih menjurus ke arah kebajikan. Cari duit.

Waima demikian gua tak berapa obses sangat nak cari duit ni. Cukup-cukup makan pun dah ok. Bak kata seorang teman, "Cari duit macam orang gila, tak makan nasik apa cerita?!". Apa gunanya cari duit sampai takde masa nak enjoy duit yang kita perolehi tu. Sia-sialah cari duit kalau macam tu.

Kalau cari duit tepi jalan pun, maybe boleh jumpa. Ada sikit je percentage kita boeh jumpa duit tepi jalan. Gua pernah jumpa RM10 dan RM50 atas jalan. Duit tu semua habis gua enjoy.

Bukan sekadar kad kahwin je, macam-macam mende orang hantar kat aku. Taip surat rasmi la, resume, assignment semua. Padahal gua menaip dua jari je. Banyak masa habis nak cari huruf P kat mana, huruf Z kat mana. Namun itu semua bisa mendatangkan duit. "Cari duit". Ada sesetengah kes bebudak sekolah suruh aku taip surat cinta kat balak dia. "Letak gambar love-love ye bang..", katanya. Patut gua tak ambik mende mcm ni. Tapi kalau gua amik, lepas jugak rokok sekotak. jadi gua terpaksa mencemar duli. Cari duit.

Bape banyak da perkataan cari duit gua nak letak lagi kat sini. Takkan gua nak compose lagu Cari Duit pulak. Korus dia cari duit, cari duit, cari duit repeat 4 kali.

Gua harap gua juara kali ni. Go cari duit!!

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa