Dalam Memori : Loga Alleycats


Loganathan Arumugam dari kumpulan Alleycats telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10.50 pagi semalam di Hospitan Mount Miriam, Pulau Pinang. Beliau berusia 54 tahun. Gua baru dapat tahu pagi ni sebab takde sapa bagitau gua (lepas ni gua akan start layan Buletin Utama secara konsisten).

Loganathan atau lebih dikenali dengan nama Loga, mati disebabkan oleh kanser paru-paru. Loga Alleycats telah mengalami batuk yang teruk sejak setahun nan lalu, dan hanya di diagnos mengidap kanser paru-paru 8 bulan nan lalu. Ketika itu kanser tersebut telahpun masuk ke peringkat ke tiga (telah merebak)

Berita ini sangat menyedihkan gua sebab Alleycats adalah band kegemaran gua sejak kecil lagi. Loga Alleycats walaupun ketika sakit tetapi beliau tetap bersemangat dan dah plan nak rakam album dengan okestra penuh dan satu album tamil bila dia sembuh nanti. He was a fighter 'till the end.

Frontman Alleycats, David Arumugam berkata projek album terkini Alleycats akan tetap diteruskan untuk mengenang Loga. Dan keuntungan album tersebut mungkn didermakan kepada badan kebajikkan.

Dalam pemantauan gua beberapa tahun sebelum ini, Alleycats tetap unggul dengan persembahan di RTM, dan majlis-majlis rasmi. Alleycats was a struggling band yang banyak memberi inspirasi kepada gua. Imej diaorang tetap maintain walaupun masa telah berubah, dan trend telah berlalu. Konsistensi inilah yang banyak memberi inspirasi kepada gua. 30 tahun bertahan dengan 30 album dan lagu-lagu hit seperti Sampaikanlah salam dan Sekuntum Mawar Merah tetap meniti di bibir sesiapapun walau tak tahu sapa yang nyanyi lagu tu.

Dalam kebanjiran sampah-sampah industri muzik zaman skang ni, dengan lagu plagiat dan kegilaan produk rancangan realiti, gua masih merasakan Alleycats adalah antara live act yang paling power kat Malaysia ni. Walaupun sekadar menengok rancangan Zoom In Bersama Alleycats kat RTM dengan set yang.. err.. RTM style, bila habis persembahan gua akan tersenyum dengan kehangatan dan kemesraan muzik bawaan Alleycats ni. Diaorang memang true performer. Lepas ni nak harap siapa lagi pakai rambut afro?

Kematian Loga Alleycats is a monumental loss to the local music scene.

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa