Kad Nikah

Semalam gua pegi Raub sebagai pra persediaan untuk trip Persekutuan Bekas perajurit Hardkore yang paling terulung sekali. Perlu menyetelkan beberapa urusan. Gua konvoi naik motor ngan Mael. Perjalanan agak lancar kecuali ada beberapa kereta yang buat hal, brek tiba-tiba, masuk simpang bagi signal lambat.

Kat Raub lagi havoc. Gua nyaris-nyaris mengamuk kat mapley Raub tu sebab kena cas RM7 makan roti. Kalau tak pikirkan tempat orang aku dah penampo mapley tu. Muka tenang je sebut "Tujuh ringgit cik".

Balik Kuala Lipis gua terus meneruskan kerja-kerja kad nikah. Peratusan kad nikah dalam udara dah 70%..

Kemudian ada pulak kad nikah baru sampai. Peratusan kad nikah dalam udara dah 80% peratus..

Gua berjaga sampai pagi pekena buat kad nikah. La ni gua mengantuk tak hengat punya. Namun memandangkan gua dah parok duit ni terpaksa siapkan jugak sebab nak hantar pagi (hari ni) dan mengambik habuan gua.

Tak guna. Peratusan kad nikah dalam udara dah 98% peratus.
Jaga-jaga. Nanti kena nikah paksa.

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa