Riang Ria Gomen


Lawatan Ke Pejabat Kerajaan - Jabatan Imigresen.

Semalam gua berkesempatan pegi ke kompleks pejabat kerajaan kat Kuala Lipis ni. Amar la selok nak pegi kat pejabat imegresen tu. Ari tu dah bape kali pegi tapi dia masih ada kemusykilan berkenaan lawatan kitaorang ke Singapore untuk bersemuka dengan Robert Smith awal Ogos nanti.

Kitaorang konvoi 2 motor. Amar naik ngan Mael dan motor gua tak boleh naik 2 orang sebab dah tune. Gua ketinggalan di belakang sebab dapat panggilan telefon di tengah jalan. Gua ingat diaorang parking kat kompaun pejabat kejaraan tu, tapi rupanya diaorang parking kat tempat parking awam. Gua main masuk je dalam tu, brader yang jaga gate tu muka ketat je nak bukak pagar. Sebab sejak akhir-akhir ni kenderaan awam dia tak bagi masuk dalam tu sebab takut terlanggar syiling/atap pejabat kerajaan dan boleh menyebabkan bocor dan seterusnya menyusahkan Sami Vellu dan akhirnya semua orang akan menuding jari antara satu sama lain.

Gua memang janggal kalau terlibat dengan arena gomen ni. Kami bertolak-tolak untuk masuk ke pejabat imegresen tu. Memula ada satu family buat passport nak pegi naik haji. Pastu diaorang dah blah pejabat tu jadi kosong dan kami pun memulakan psessi soal jawap dengan brader yang jaga kaunter tu.

Wa cakap lu, diaorang memang berkhidmat dengan penuh senyuman. Semua persoalan kitaorang dijawap dengan panjang lebar. Takde pun mengeluh.

Setakat ini, Pejabat Imegresen Kuala Lipis adalah jabatan kerajaan yang paling mesra pengguna yang pernah gua pegi. Nyaris gua nak bagi Kumprinx Award. Namun aku ingat sebab jarang orang datang pejabat tu la dia tenang je. Kalau kat tempat-tempat lain, asik stress je layan orang ramai.

Selepas sessi soal jawap dengan pegawai imegresen tu, kami meneruskan lawatan ke pejabat kerajaan ni dengan pekena kat kantin dia. Kantin tu kecik je dan ada 3-4 pegawai kerajaan yang lepak minum kat situ macam takde kerja nak buat je. Padahal jam baru menunjukkan pukul 2.30 petang. Awek gomen pun ada sorang. Amar dah terpengaruh nak apply kerja gomen sebab nengok diaorang rilek je bolek pegi minum waktu kerja.

Selepas puas membasahkan tekak, kami pun blah. Begitulah pengalaman kami melawat ke pejabat kerajaan.

Fakta menarik : Gua tak tau sapa punya idea nak ambik gambar kenang-kenangan tu. Gua follow je.

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa