Tagged


Aiseh. Kena tagged pulak. Cik Yattie Nopiah dari cahayattie.blogspot.com dengan beraninya telah men-tag aku secara tidak disedari. Sebagai menunjukkan gua ni sport dan mesra orangnya, gua dengan bold akan membalas tagged ni beserta beberapa pendedahan ekslusif yang menggemparkan!

Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

Makan
Bila mengadap makanan gua selalu terfikirkan penah lelah gua mencari sesuap nasi. Jerih perih mencari rezeki yang halal. (yang tak halal, senang je) Sebab tu gua memandang mulia aktiviti makan ni. Bila makan gua sentiasa berpakaian kemas dan tak pernah makan tak pakai baju. Gua juga cenderung mencari makanan yang terbaik gua boleh jumpa sebagai me-reward susah-payah gua mencari duit.

Sikat
Di sebalik penampilan gua yang sentiasa sharp dan bergaya, gua sebenarnya dah hampir sedekad tak menggunakan sikat. Dan rambut gua tak kusut masai dengan penggunaan kombinasi shampoo dan minyak rambut yang bersesuaian.

Gemar Merayau
Sejak memiliki Kawasaki Turbo Replacement Model, gua sering dilihat merayau-rayau tak tentu hala. Gua gemar meronda ke bandar-bandar yang berdekatan dan memecut pada kelajuan maksima sehingga menimbulkan syak di kalangan masyarakat. Gossip-gossip yang pernah timbul antaranya; gua pegi ambik 'barang' kat pusher, gua jumpa makwe, ambik supply dvd video lucah, pegi lapor diri sebab kena PCO dan membuat rawatan kemoterapi. Pada hakikatnya motor gua tu sangat seronok untuk dipandu.

Pasal Muzik
Walaupun dengan penampilan yang rockers, kalau jamming nak main lagu laju/ganas je, sebenarnya pada waktu santai gua gemar layan lagu-lagu yang tenang seperti Lily Allen, Kelly Clarkson, The Corrs, Sarah McLachlan dan sedikit sentuhan J-Pop seperti Kimura Kaela dan Yui.

Abnormaliti
Gua kalis sejuk

Cadar Tilam
Cadar tilam kat umah gua berwarna pink (pendedahan eksklusif).

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa