Uptime : Dua


Gua bajet je jadi. So gua cucuk monitor kat port belakang laptop (baru dan terkini!) gua ni. Sedar-sedar jadi.

Sial je. Ini sekaligus mengubah cara gua bekerja daripada titik fokus yang tenteram kepada dua pengendalian multitasking yang intensif (dan serius) (

Dengan sengaja menambah workload kepada dua kali ganda akan mepastikan produktiviti yang lebih. Dan migrain yang lebih kerap. selalunya gua kelihatan sibuk bekerja, sebenarnya gua layan Youtube, Gizmodo, Boingboing, baca pasal medical anomalies, hantu puaka, layan lucah, dan memuat-turun perisian telefon bimbit.

Masa aku muda-muda dulu, bila dapat je WindowsXP, terus godek sampai rosak-rosak kompiter. 24 jam tweaking. Ejas itu-ejas ini. Perkara yang sama terjadi dengan Vista. Vista akan prompt sebarang aktiviti mencurigakan kat kompiter ni dan petik administrator access. Gua takde hal. Boring-boring boleh nengok Flip3D. Itu je yang mampu gua up kat rakan-rakan kalau diaorang tanya pasal kelebihan Vista ni.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa