3 Tahun Bersamamu

Tahun 1999. Itu jam gua masih berada di tingkatan 4. Elemen-elemen rockers jitu yang gua ada sekarang ni masih kurang menebal dalam jatidiri aku. Sekolah sungguh boring. Gua acap-kali ponteng sekolah untuk hari yang ada subjek Math ngan Add Math. Sebab otak gua nyilu nak belajar mende tu semua. Dah la keje sekolah tak reti nak buat, pastu bila tak buat kena 'tiaw' ngan cikgu gua. Walaupun dia tak rotan/lempang, namun sound dia bisa jugak aku mendengarnya.

Tahun tu setiap hari selasa gua tak pernah miss beli surat-khabar The Star. Sebab hari tu ada sisipan In-Tech. Pasal teknologi, komputer dan internet. Perkara-perkara sebegini, bagi gua jauh lebih seronok dari kehidupan sekolah yang klise, kebudak-budakkan, dan dikelilingi dengan rembesan hormon cinta monyet berkarat.

Kat umah aku ada sebuah komputer. Cap NEC (486). Dilengkapi dengan cip pemperosos Intel 100Mhz, Ram 24Mb dan hard-disk toksah cerita. Komputer ni ada modem terbina dalam, dengan kelajuan 24kbps sambungan internet dial-up TMnet 1515. Koman tak hengat brader..

Hari-hari aku takde buat mende lain, main komputer je. Nak main game, apakejaddah game yang boleh dimain, Solitaire pun sangkut-sangkut time juara. Jadi aku main HTML, javascript. Gua stadi coding dia semua. Dan time tu sahaja, ada beratus-ratus website aku dah buat. Letak gambar sendiri, gif-gif gambar api semua. Itu jam takde apa yang lebih seronok bagi aku selain dari, tulis coding pakai Notepad, save as HTML, pastu bukak dalam browser, semuanya jadi seperti yang aku inginkan.

Time form 4 tu jugak (1999) aku ada menulis sebuah err.. karangan bahasa inggeris bertajuk 'Internet, Good or Bad?'. Bab karangan bahasa inggeris gua memang excellent. Dah la kuat baca In-Tech, bagi aku tajuk karangan yang diberikan tu terlalu kacang. Gua menulis 6 setengah mukasurat mengenai perkembangan internet, cyber squatters (kutu-kutu yang register domain name sebab nak jual untuk keuntungan), porno dalam internet, maklumat di hujung jari, privacy, identity theif, dan macam-macam lagi yang gua yakin cikgu english gua sendiri harem tak tahu apa yang aku tulis tu.

Tak lama lepas tu gua sendiri nengok kat TV ada sorang brader ni cerita dia ada buat satu website, semangat dia cerita pasal social bookmarking. Aku fikir dalam hati, pejaddahnya budak Kevin Rose ni nak buat? Boleh cari makan ke mende ni?

Penglibatan gua dalam bidang internet ni walaupun bunyinya klise, macam biskut. kejap ada kejap takde. Kadang-kadang internet kena potong, kadang-kadang komputer rosak. Bila itu terjadi gua akan cari mende yang lebih berfaedah nak buat seperti bersukan dan melepak dan menghisap rokok. Gua yakin kalau takde halangan-halangan seperti ini, gua mungkin lebih excellent hari ni. Ini kerana menatang internet ni berkembang sangat laju, gua miss sehari pun dah boleh jauh ketinggalan.

Mem-flash-back hari pertama gua start blogging. Gua start ngan lay-out. Tak berapa jadi. Gua cari-cari Cd SwishMax gua tak jumpa, baru gua ingat member gua Pedal pinjam tak pulang-pulang lagi. Gua ingat nak taruk flash animation sikit kat header dia, itu jam pun Imageshack baru je start bagu user dia host fail swf. Tengok-tengok swf yang dia host tu tak boleh hotlink. Sial je. Officially gua start blogging kat Danchan. Tu pun sebab gua terpengaruh dengan blog Tok Rimau. (dia jugak yang hasut gua bukak blog). Selepas seminggu gua mula menerima feedback, new friends are made.

Macam-macam gua komplen/tulis dalam blog baru gua ni. Zaman dulu-dulu bahasa gua kasar sikit. Carut banyak. Porno banyak. On-the spot gua tahu apa yang appeals kepada pengunjung dan apa yang diaorang tak suka. Gua slow-slow modified penyampaian gua.

Tak lama lepas tu Danchan buat hal. Selalu hiatus. Gua naik berang. Gua choba mencari alternatif lain untuk blogging. Gua jumpa Blogger/Blogspot. Time nak sainap (sign-up) gua terkesima.

WTF!!!
"Sorry, The username Kumprinx is already taken"

Who the fcuk on earth use the same name?! Gua garu kepala. Pu*im*k-*an*au betul. Selama 5 minit gua maki dalam hati dengan pelbagai bahasa. Apa nak jadi ni? Dalam geram tu tetiba gua terfikir nak try login pakai nama tu dan try password-password yang selalu gua.

Gua berjaya login. Username Kumprinx telah didaftarkan semenjak 2002. Lega..

Jadi ini menumbulkan satu lagi persoalan, bilakah sebenarnya brand 'Kumprinx' ni bermula? Adakah tahun 2004? Atau sebenarnya 2002? Adakah usia sebenar Pyrokumprinx Advanced Media adalah 5 tahun?

Tidak.

Online presence brand 'Kumprinx' dah bermula sejak korang di bangku sekolah lagi (hek-ele..).
Dan gua ada bukti konkrit untuk membuktikan dakyah ini

Hari-hari kerja gua takde lain adalah melepak, menghisap rokok dan jamming. Sekali-sekala gua jenjalan keliling town (pahang barat) naik motor. Selalu jugak gua jumpa perkara-perkara yang gharib dan ajaib. Bila gua jumpa perkara yang sedemikian halnya, gua terus aim nak tulis dalam www.kumprinx.com.

Start dari gua nampak sesuatu, sampai la gua start menulis, perkara tersebut akan bermain dalam pikiran gua. Ayat-ayat akan disusun, punch-line akan ditetapkan, dan twist dan efek-efek tambahan akan dimuatkan-semuanya berlaku dalam kepala hotak gua. Kadangkala gua ada jugak mengalami masalah bagaimana nak mentafsif kejadian yang gua lihat ke dalam kata-kata/penulisan. Sebab tu gua selalu termenung dan bercakap seorang diri.

Menulis juga walaupun gua hari-hari buat, namun akhir-akhir ni gua akui ia bukan perkara picisan yang boleh dipandang enteng. Ia sememangnya bukan perkara yang mudah. Feel nak menulis tu bukan boleh datang sendiri. Adakalanya gua akan mengalami mental block dan terpaksa duduk berjam-jam depan komputer hanya untuk cari satu ayat yang tertinggal. Itupun kalau ada feel lagi, kalau dah naik mode malas, apa pun tak jadi.

Perkara-perkara hiatus juga turut menjadi penyumbang besar dalam insiden mental block yang selalu gua alami. kalau minggu pertama gua bersemangat dengan sesuatu, pastu di pertengahan jalan tetiba gua ter pre-occupied dengan menda lain, feel tu akan lari. Dan susah gua nak seru balik aura penulisan tersebut. Hal yang sebegini apply kepada banyak perkara dalam hidup gua seperti membasuh kain, kemas bilik dan basuh motor. Kalau dah sangkut, ia memang akan tertangguh.

Namun ini bukanlah bermakna gua semangat sekejap je dalam sesuatu perkara. Kalau menulis misalnya, gua akan pastikan yang terbaik dan ter-paling excellent. Kalau basuh motor gua akan pastikan berkilat, siap enjin bersih dan polish. alau basuh kain, gua akan pastikan semua supply kain baju gua berbau Downy 4X. Kalau kemas bilik gua akan pastikan Deko Bersama Eric tak boleh cari makan.

Perfectionist?

Namun baru-baru ini gua jumpa satu artifak berharga dalam bilik gua ketika sedang me-review dokumen-dokumen dan bebarang lusuh untuk dibuang (dan dijual). Satu dokumen penting yang mengingatkan gua betapa besarnya impak hiatus kepada pekerjaan seharian gua. Satu projek besar yang tergendala separuh jalan. Gua tak ingat sebab apa, ,mungkin sebab gua nak ambik peksa SPM itu jam. Tapi dokumen tersebut bertarikh tahun 1999, gua SPM tahun 2000. Sebab apa projek ni tergendala kini masih menjadi misteri. Kalau projek ni diteruskan tanpa sebarang halangan, gua yakin sekarang, tahun 2007, ada kemungkinan kecil, gua dah kaya.

Penemuan artifak berharga ini juga menyebabkan gua meragui sesahihan '3rd Anniversary' gua ni.



Gua dengan ini juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan (ringgit) terima kasih kepada (jutaan) pelawat website, pembaca blog, penggemar lucah, pencari gambar, dan korang-korang semua kerana telah memberikan sokongan yang padu kepada gua selama ini. Gua sampai dah tak boleh nak express macamana lagi dah setinggi mana penghargaan gua kepada lu orang semua. Terima kasih kepada yang menghantar button, yang link ke sini dan yang wish gua. Tanpa korang semua siapalah aku. Terima kasih.

Gua jamin, gua kan mepastikan content yang lebih ekstrim dan solid khas untuk korang semua,
Bukan kerana wang ringgit dan harta
Bukan kerana ini tahun ke-empat kewujudannya
Bukan juga sebab akak gua dah kawen
Kerana inilah Pyrokumprinx Advanced Media!

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu