KARATE TENGKUK : KENAIKAN HARGA ROKOK DAN ANDA


Budak sekolah hisap rokok, budak dah berhenti sekolah hisap rokok, lelaki, perempuan, miskin kaya, mulia, hina, kutu berahak, bisnesman, pelacur, rockers, peniaga, penjual nasik lemak, jaga bank, semua hisap rokok.

Merokok sebahagian daripada anda. Kalau korang tak hisap rokok pun, jiran anda, orang yang duduk sebelah anda kat stesen bas, pakcik yang jogging depan umah korang hari-hari, makcik jual kain, bangla mat karpet mereka semua merokok.

Namun begitu gomen (kerajaan) juga banyak membuat kempen supaya rakyat menghentikan perbuatan tak berfaedah ini. Malah amaran juga dipaksa letak kat kotak rokok itu sendiri. Gua tak nafikan perbuatan merokok itu boleh membahayakan kesihatan dan sebatang rokok makan 3 minit nyawa kita. Kesnya budek-budak kecik pun tahu mende ni. Budak tadika pun tahu merokok membahayakan kesihatan.

Gua sendiri pun tahu. Tapi mendengar berita rokok naik harga menyebabkan gua cenderung naik darah. Berikut adalah dalil-dalil kenapa gua kuat naik berang setiap kali rokok naik harga:

Cash In
Setelah kegagalan pelbagai kempen yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mereka (gomen) berhasrat untuk mengaut keuntungan dalam bisnes yang pasti jual ni. Rokok mesti laku. Semua orang merokok. Jesteru bila duti eksais dinaikkan, ia hanya meninggalkan sedikit impak kepada pasaran rokok di Malaysia ni. Duit lebih yang diaorang dapat daripada kenaikan duti eksais ni bolehlah digunakan untuk perkara yang sia-sia seperti menghantar mat-rempit (yang bukan mat rempit sangat) terjun di khutub utara, repeat naik gunung everest sebab tak puas hati bukan melayu yang sampai puncak dulu dan lain-lain.

Mereka Fikir Rakyat Ni Bodoh
Kalau dah orang tu gemar merokok, biarlah dia merokok. Naik la harga sampai RM50 sekalipun, rokok tetap dibeli. Sesapa yang rasa sayang nyawa/paru-paru, tak payah la merokok. Senang je! Kalau nak fikir ramai rakyat ni mati sebab merokok, ramai lagi yang mati sebab naik kereta nasional yang pakai 5 tahun dah rosak. Apa cerita?

Tak Tahu Malu
Sepanjang karier gua merokok dah berapa kali dah harga rokok naik. Kalau taktik menaikkan harga rokok untuk menggalakkan rakyat berhenti merokok, ia pasti dah menjadi kenyataan masa awal-awal harga rokok ni naik dulu. Namun ia tak menjadi. Dan dengan tak tahu malunya mereka naikkan lagi harga rokok. Untung pun dapat, nama pun dapat.

Menyusahkan Rakyat
"Kementerian Kewangan berkata langkah itu adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta menangani masalah sosial akibat merokok, terutama dalam kalangan golongan muda."
They got it all wrong. Ok kita cuba fikirkan satu senario. Sebuah keluarga kelas pertengahan, tak miskin dan tak kaya. Bapak diaorang memang kaki merokok. Pastu tetiba kerajaan naikkan lagi harga rokok (yang dah sedia mahal). Bapak diaorang tentu akan terus merokok, sebab kenaikkan harga rokok ni adalah perkara cliche yang dah biasa sangat dah orang dengar. Lama-kelamaan ekonomi keluarga tersebut akan jatuh disebabkan harga rokok yang mahal. Duit untuk susu anak semakin short. Duit fardhu-ain anak pun short. Belanja sekolah budak pun short. Last-last instituisi kekeluargaan tersebut akan goyah, dan di sinilah bermulanya gejala sosial yang negatif. Anak-anak yang bermasalah selalunya datang dari keluarga yang bermasalah. Di sinilah lahirnya remaja yang lumba motor haram, seks luar nikah, sumbang mahram, rogol dan lain-lain.
Bunyi macam tak kena?
Kalau bapak (ketua keluarga tadi) tahu akibatnya sebegini dia mungkin akan berhenti merokok dengan sendirinya. Menaikkan harga rokok adalah tindakan yang paling 'lame' sekali gua pernah tengok. Buat malu je.

Team Malaysia kena sayur ngan team China tempohari juga disebabkan oleh kenaikan harga rokok. Ini ada kait mait ngan peranan Dunhill satu ketika dulu sebagai penaja siaran langsung bolasepak.

Banjir kilat yang melanda ibunegara tempohari juga disebabkan oleh kenaikan harga rokok.

Video klip budak sekolah berani dan lauk mat rempit juga terjadi kerana mereka sudah tidak mampu untuk membuang masa sambil merokok, jesteru mereka progress ke pekerjaan yang lebih ekstrim seperti cabul dan rogol beramai-ramai.

Akan datang banyak stesen minyak yang akan meletup kerana ada kejanggalan anomali di antara kenaikan harga minyak dan rokok.

Filem-filem tempatan akan terus menemui kegagalan sebab kenaikan harga rokok-dari tengok wayang cerita Diva baik gua beli rokok.

Gomen juga menggalakkan kebanjiran pendatang asing dari seberang ke negara ini dengan menaikkan harga rokok. Mereka datang sekali dengan brand rokok diaorang sendiri, yang jauh lebih murah dan asap yang lebih annoying.

Cetak rompak akan berleluasa dan seterusnya industri muzik malaysia akan terkubur kerana kenaikan harga rokok.

Gula, minyak masak, ikan, ayam dan daging akan naik harga sebab *most pekerja yang handle bebarang tersebut adalah perokok. Rokok naik harga, takkan barang tak naik?. Menjelang raya nanti mesti lagi havoc.

Kenaikan nilai matawang Ringgit berbanding US Dollar bukanlah satu alasan kenapa harga rokok perlu dinaikkan. Gua pun dah banyak rugi sebab kadar tukaran ni. Lagi mahu naik harga rokok.

Jesteru adik-adik semua, startlah menghisap rokok. Mana yang dah berhenti isap rokok tu boleh la mula balik. Dengan harga rokok yang mahal, tabiat merokok adalah satu perbuatan yang sangat elit dan bergaya. Anda akan dipantang tinggi oleh masyarakat kerana mampu membeli rokok.

Sekian sahaja komplen gua kali ini. Kita bertemu kembali dalam bahagian dua nanti, iaitu apabila rokok sekali lagi naik harga masa bentang bajet nanti.

Nota : Sesapa nak claim credit untuk gambar kat atas tu boleh la berbuat demikian sebab gua tak tahu/ingat kat mana gua rembat.

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa