Badi Sungai Jelai


Sungai Jelai adalah sebuah sungai yang menusuk terus through the heart of Kuala Lipis. Dalam bandar Kuala Lipis, kita boleh nengok Sungai Jelai dari Jalan Jelai. Jalan Jelai ni zaman dulu adalah port 'brothel' (rumah pelacuran) yang terkenal bagi pelombong-pelombong Empang Jaleh, sebuah lombong emas yang terkenal (kini Empang Jaleh diusahakan oleh syarikat luar negara dan gua tak tahu emas tu semua pegi mana). Sesuatu yang unik pasal rumah pelacuran di Jalan jelai ni satu ketika dulu adalah ianya terletak di rumah-rumah terapung sepanjang Sungai Jelai. Kalau kita pacak rumah atas tanah orang, tentu tuan tanah akan halau, tapi kalau kita buat rumah atas sungai kira macamana?

Pada tahun 1990-91 (gua tak berapa hengat dah) gua pernah tengok pertandingan menyelam kat Sungai Jelai ni sempena Karnival Lipis tahun tu. Pastu depan mata gua nampak seorang peserta ni hanyut lalu mati lemas. Banyak juga kes-kes orang nampak jembalang kat tebing Sungai Jelai ni. Jembalang sungai tersebut selalu juga naik ke darat dan usyar-usyar. Kes-kes 'sighting' masih berlaku hingga ke hari ini. Juga ada satu kes yang pernah direkodkan, ada beberapa kutu pegi mengail tengah-tengah malam kat Sungai Jelai ni naik bot. pastu diaorang nampak beberapa ekor monyet bermain-main kat rimbunan pokok di tebing sungai. Tetiba diaorang nampak sesuatu yang sangat besar keluar dari sungai dan baham monyet tersebut seluruhnya dengan sekali ngap.

Lagenda mengatakan Sungai Jelai ni akan mark semua penduduk jati Kuala Lipis ni. Engkau tak akan dapat pergi ke mana-mana setelah korang rasa air Sungai Jelai. Kalau korang berhijrah ke luar, lambat laun pasti korang akan settle down kat Kuala Lipis balik sebab tak kena air Sungai Jelai. Orang zaman dulu kalau pegi naik aji, diaorang akan bawak sebotol air Sungai Jelai yang berkarat tu. Ini semua demi untuk mengelakkan perkara buruk berlaku pada diaorang sepanjang perjalanan (dan terpaksa dihantar balik ke Kuala Lipis). Di waktu malam hari, jika kita berdiri kat tebing sungai tu, dan dengar dengan teliti bunyi deruan airnya, kita akan dapat dengat Sungai Jelai memanggil-manggil nama mereka anak jati Kuala Lipis yang telah keluar dari Kuala Lipis. Kalau siangnya korang mandi kat Sungai Jelai ni, walaupun rendam kaki je, baik korang mandi sebelum tido. Sebab Sungai Jelai akan panggil korang balik ke dalam sungai. Kalau korang ludah dalam sungai tu, bersedialah untuk mengalami tersedak yang sangat serius, takpun terlekat tulang ikan sungai kat kerongkong.

Masa banjir besar yang pertama dulu (bukan yang tahun 70an tu) orang nampak tiang elektrik hanyut. Tapi ia bukan tiang elektrik sebaliknya ikan patin bersaiz raksasa yang naik ke darat sebab air naik. Body ikan patin tu berlumut dan berkarat laksana dah berusia beratus-ratus tahun. Bunyi insang dia jelas kedengaran macam bunyi gajah mengaum. Legend has it that, sampai hari ini, ikan tersebut masih wujud dan masih berenang bebas dalam sungai Jelai ni. kadangkala juga air Sungai jelai akan berkocakan dengan pattern yang aneh jika menandakan Ikan Patin raksasa tersebut sedang berenang di dasar sungai.
Fakta menarik : Kuala Lipis pernah fight ngan Temerloh untuk nama Bandar Ikan Patin.

Sungai Lipis pulak bertemu dengan Sungai Jelai kat Tanjung Lipis. Sebuah jambatan keretapi steampunk telah dibina kat atas persimpangan sungai ni. Kalau lalu kat jambatan keretapi tu korang akan dapat nengok view pertemuan dua buah sungai ni. Zaman dulu kat area ni ada satu kawasan berpasir (macam tepi pantai). Ia dinamakan Pasir Pakat. Zaman dulu ketika British mula-mula memperkenalkan perubahan dalam pentadbiran negeri pahang (circa 1887-1891), diaorang bertemu dengan Datuk Bahaman at this very place. Pastu Datuk Bahaman tak bersetuju dengan perkara ini. Di situlah dia menyebut satu ayat yang sehingga kini menjadi motto hidup gua yang berbunyi "Pantang tarik puntung sebelum padam nyala".

Rujukan : PAHANG - Sejarah Dan Budaya (Norazit Selat, lembaga Muzium negeri Pahang 2000)
Gambar Header : Mael - Kumprinx Overlooking Sungai Lipis (janji sungai)
Nota : 60% daripada cerita di atas gua reka sendiri, 10% fakta dan 20% cerita rakyat yang tidak diketahui kesahihannya.

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa