Pesta Buku Antarabangsa 2008


Last sekali gua turun pesta buku ni adalah pada tahun 1993 kalau tak silap. 15 tahun nan lalu. Itu jam gua dibekalkan dengan RM10 (sa-puloh ringgit sahaja) untuk membeli apa-apa buku yang gua inginkan. Sepuluh ringgit mana cukup beb. Tapi masa tu kalau tak silap gua darjah 3, so rm10 dah kira banyak gile.

Cari-cari tak jumpa buku yang under RM10 yang gua nak beli. Gua jadi frust. Kaki dah longlai berjalan. Kena beli jugak sesuatu.

Hari tu adalah last day pesta buku tahun 1993. Banyak gerai-gerai yang dah packing. Gua nampak ada satu gerai tu, koman gile rupanya. Tengah packing. Kemudian gua nampak ada satu ikatan buku. Buku nipis-nipis je. Ada sepuluh keping semuanya. Gua belek-belek.

Brader kat kedai tu cakap kat gua, "Ambik la semua sekali dik. Sepuluh ringgit. Kami nak balik dah ni.." Pucuk dicita, ulam pegaga. Gua angkat semua sekali.

Buku yang gua angkat tu adalah buku-buku rare zaman bila ntah. Masih menggunakan binding benang walaupun nipis. Kulit dia menggunakan kertas bermutu tinggi. 10 naskah buku kanak-kanak. Zaman sekarang jangan harap nak jumpa dah buku kanak-kanak genre horror macam tu. Antara tajuk yang gua ingat adalah;

-Hantu Raya
-Asal Usul Hantu Penanggal
-Pontianak
-Nyamuk Takutkan Asap
Lain-lain gua tak ingat dah tajuk apa.

Buku 10 naskah yang gua beli kat pesta buku 15 tahun nan lalu, adalah starting grid kepada minat gua terhadap penulisan fiksyen horror.

Besok mungkin sejarah akan berulang. Selepas 15 tahun, gua akan turun kembali ke Pesta Buku.
Bawak sepuluh ringgit. Gilebab.

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa