Maya Karin Kahwin 14 Ogos Ini



Abang tak sangka, tergamak Ayang khianati cinta suci kita...

PETALING JAYA 4 Julai – Desas-desus mengenai pelakon popular Maya Karin bakal menamatkan zaman bujang akhirnya terjawab apabila aktres itu mengesahkan dia akan berkahwin pada 14 Ogos ini.

Pelakon berusia 29 tahun itu turut mendedahkan identiti bakal suaminya iaitu Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali. Lelaki berusia 38 tahun itu merupakan seorang guru Matematik yang berasal dari England.

Artis jelita itu berkata, dia dan Steven memilih Bellagio, Itali sebagai lokasi pernikahan mereka.

“Bellagio di Itali menjadi pilihan saya dan Steven kerana ia berdekatan dengan kediaman keluarga bakal mertua saya,” kata pelakon utama filem Pontianak Harum Sundal Malam itu pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Maya, keputusan itu juga dibuat mengambil kira keadaan kesihatan bakal ibu mertuanya yang uzur dan tidak boleh berjalan jauh.

Seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke dan Steven akan mendaftarkan pernikahan mereka secara sivil di pejabat pendaftar pernikahan di Itali.

Menurut Maya, majlis resepsi perkahwinannya di Malaysia akan diadakan di ibu kota pada 29 Ogos ini.

Majlis itu, kata pelakon tersebut, akan diadakan secara ringkas dan sederhana, bukannya besar-besaran seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

“Cukuplah nikah dan majlis makan-makan biasa. Kalau lagi besar tak bernafas saya dibuatnya. Saya ikut keselesaan dan saya tak mampu nak anjurkan majlis besar-besaran atau glamor, malah hantaran pun tak ada,” kata Maya yang sudah tujuh tahun berkasih dengan Steven. 

Dari: Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa