Posts

Showing posts from August, 2008

Propaganda Kristian di Gmail

Image
Ini yang gua jumpa kat Gmail gua sekian lama. Hari tu gua cek. Semuanya subtle, dan kalau lemah firasat (remaja, contohnya) pasti mudah terpedaya.


Macam-macam cara orang nak sesatkan umat islam.

08.08.08

Image
This is my final mission.

Jadual Kerja Kerajaan Yang Gua Tahu Setakat Ini

8.00am - Masuk bertugas. Daftar attendance. Lepas tu baca suratkhabar. Lepas tu berborak pasal isu dalam suratkhabar
9.30am - Keluar minum pagi
11.00am - Kembali ke pejabat. Sambung borak, baca majalah pulak.
12.30pm - Lunch hour
2.30pm - Join staff lain layan video ceramah Anwar Ibrahim.
3.45pm - Surf internet pakai harta kerajaan
4.30pm - Semua dalam mode stenbai nak balik. Tidak melakukan apa-apa pekerjaan sambil merenung jam di dinding.
5.00pm - Macam ada gempa bumi, semua orang lari keluar dari pejabat
Nota : Cigarette break setiap 15 minit.

Amacam, RM55 sehari?

Pak Lah Turun Town

Image
Kereta-kereta mewah memenuhi jalan-jalan di Kuala Lipis. Hotel-hotel semua penuh. Helikopter bersimpang siur di udara.Pak Lah turun town untuk merasmikan Projek Agropolitan Gahai di Ladang Agropolitan Tanjung Gahai, Kuala Lipis, Pahang pagi tadi. Tanjung Gahai ni boleh tahan ulu, masa muda-muda dulu gua selalu melawat layan 'boya'. Korang kenal boya ni mende? Kalau tak kenal maksudnya lu orang dah terlalu town.Gua ada jugak plan nak pegi sana tengok-tengok dan salam ngan Pak Lah. manalah tau kot-kot ada acara makan-makan free ke apa.Sejak awal pagi lagi gua mencari port yang sesuai untuk gantung banner rusuhan gua yang bertulis:"A STEP BACK INTO AGRICULTURAL IS A SUBTLE WAY OF SAYING 'ANAL'"Tak jumpa.
Kalau Pak Lah turun town, korang nak gantung banner apa?