Pak Lah Turun Town

Kereta-kereta mewah memenuhi jalan-jalan di Kuala Lipis. Hotel-hotel semua penuh. Helikopter bersimpang siur di udara.

Pak Lah turun town untuk merasmikan Projek Agropolitan Gahai di Ladang Agropolitan Tanjung Gahai, Kuala Lipis, Pahang pagi tadi. Tanjung Gahai ni boleh tahan ulu, masa muda-muda dulu gua selalu melawat layan 'boya'. Korang kenal boya ni mende? Kalau tak kenal maksudnya lu orang dah terlalu town.

Gua ada jugak plan nak pegi sana tengok-tengok dan salam ngan Pak Lah. manalah tau kot-kot ada acara makan-makan free ke apa.

Sejak awal pagi lagi gua mencari port yang sesuai untuk gantung banner rusuhan gua yang bertulis:

"A STEP BACK INTO AGRICULTURAL IS A SUBTLE WAY OF SAYING 'ANAL'"

Tak jumpa.
Kalau Pak Lah turun town, korang nak gantung banner apa?

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa