Posts

Showing posts from October, 2008

The Weather Is Hot And Horny

"Waaarrgghhhahaha hahaha.. hahha..!!" makcik yang sorang tu gelak. Sampai berair mata.
"Hihihiii... hahahaha.. hadu... hahahahharghh!!!" makcik yang sorang lagi follow. Gayanya macam dah kena histeria. Sambil jeling-jeling kat gua. Gua menjadi kaget. Seram-seram sejuk pun ada. Tetiba gua teringat kejadian histeria di Kuantan. Sah! Dah menular sampai sini!!

10 minit sebelum itu..




Hari tu sangat panas. Gua terhiling-hiling di pekan kecik ini tiada tujuan. Nak tunggu sampai pukul 3 baru boleh balik. Dia punya panas toksah cerita. Di mana-mana boleh nampak haba panas meruap ke udara. Pandangan gua pun silau. Semua perkara memantulkan cahaya matahari yang terik. Tekak gua kering.

"Pekena teh 'o ais limau satu.." hati gua berbisik.

Gua mengambil port di tepi stesen bas. Ada gerai atap kanvas di situ. Gua ambik seat yang paling hujung di bawah redup pohon betik. Tiada pelanggan lain di situ. Hanya ada dua makcik sedang hangat berborak. Isu masakan.

"Teo o ais…

Tragedi Aidilfitri 2008

Image
Petang sehari sebelum raya gua ke pasar. Gua jumpa Bala.
"Bala, you esok pagi bukak ka?"
"Bukak! Saya raya pun bukak juga. Orang mahu beli barang nanti susah.."
"Kompom aa.. pagi besok bukak..?"
"Don't worry. Saya pagi-pagi besok sini ada juga belakang!"
Kata-kata Bala sungguh meyakinkan. Aim gua pepagi besok nak angkat air batu. Pagi raya memang susah nak beli barang. Kedai jarang ada yang bukak. Bala bersungguh-sungguh meyakinkan gua. Ye lah, dia kan india, nak beraya kemendenya..

Pagi raya gua menuju ke kedai Bala. Kata-kata Bala gua pegang. Setibanya di perkarangan kedai Bala..