The Weather Is Hot And Horny

"Waaarrgghhhahaha hahaha.. hahha..!!" makcik yang sorang tu gelak. Sampai berair mata.
"Hihihiii... hahahaha.. hadu... hahahahharghh!!!" makcik yang sorang lagi follow. Gayanya macam dah kena histeria. Sambil jeling-jeling kat gua. Gua menjadi kaget. Seram-seram sejuk pun ada. Tetiba gua teringat kejadian histeria di Kuantan. Sah! Dah menular sampai sini!!

10 minit sebelum itu..




Hari tu sangat panas. Gua terhiling-hiling di pekan kecik ini tiada tujuan. Nak tunggu sampai pukul 3 baru boleh balik. Dia punya panas toksah cerita. Di mana-mana boleh nampak haba panas meruap ke udara. Pandangan gua pun silau. Semua perkara memantulkan cahaya matahari yang terik. Tekak gua kering.

"Pekena teh 'o ais limau satu.." hati gua berbisik.

Gua mengambil port di tepi stesen bas. Ada gerai atap kanvas di situ. Gua ambik seat yang paling hujung di bawah redup pohon betik. Tiada pelanggan lain di situ. Hanya ada dua makcik sedang hangat berborak. Isu masakan.

"Teo o ais limau satu.." kata gua separuh menjerit. Sorang makcik lantas masuk ke dalam kedai untuk menyediakan air gua.

Klik! Sebatang rokok gua nyalakan. Seketika kemudian air gua tiba. Gua sedut pakai straw. Air yang dingin membasahi tekak gua yang kering. Memang masyuk. Separuh gelas habih di situ sahaja. Gua bersandar dan menghayati angin yang berpuput lembut dalam cuaca yang panas melampau sambil menyedut asap rokok. Memang nikmat.

Gua mengalihkan pandangan ke arah makcik yang sedang rancak berborak.

Makcik A : Anak aku semalam bawak balik siput sedut. Satu plastik penuh. Suruh aku masak gulai lemak.
Makcik B : Habis tu awak masak la?
Makcik A : Hoh.. aku ni tua saje je. Mana reti nak masak siput ni.
Makcik B : La.. sama je la ngan masak ayam, daging semua..
Makcik A : Aku dengar orang kabo kena potong ekor siput tu. Nak buat apa?
"Mesti la kene potong, kalau tak mana boleh sedut? Macamana kepala dia nak keluar?", ayat finishing Makcik B tu disudahi dengan satu kerlingan misterius ke arah gua. Disusuli dengan ketawa histeris makcik A. Dan gelak ketawa tu berjangkit ke Makcik B. Dan mereka sama-sama gelak macam orang gila.

Gua naik seram. Jesteru mengalihkan pandangan gua ke arah lain. "Apa yang lawak sangat..?" hati gua konfius.

Seketika kemudian..

"Ptuihhh!! Makcik berapa ni?! Saya nak balik lah!!" gua mengeluh dan mendengus garang. Duit singgit gua tinggal atas meja dan terus berlalu pergi.

Sambai rumah gua terus makan kismis doa.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu