Posts

Showing posts from November, 2008

Ada Tersimpan Di Sana

Image
Pada tahun 1880, Sultan Pahang ketika itu iaitu Sultan Ahmad telah menghantar 2 ekspedisi mendaki Gunung Tahan buat kali pertama. Ekspedisi ini bertujuan untuk mencari Batu Hikmat yang baginda percaya ada tersimpan di puncak gunung tersebut. Mengikut kepercayaan orang asli tempatan juga, ada 2 ekor kera ajaib sebesar badak menjaga tajau yang berisi Ibu Emas Dan Ibu Perak. Memiliki kedua-dua ibu galian mistik ini pasti akan mendatangkan kekayaan yang melimpah ruah.

Kedua-dua ekspedisi Sultan Ahmad itu menemui kegagalan kerana laluan yang mereka gunakan terlalu curam.

Pengalaman gua mendaki Gunung Tahan beberapa tahun yang lalu, dan bersabung nyawa menyeberangi sungai berarus deras dengan hanya menggunakan sebatang kayu makes a good dinnertime stories.

Namun perkara yang paling pelik dan aneh yang gua jumpa di puncak Gunung Tahan itu masih gua simpan sehingga kini dan gua belum brave nak cerita kat sapa-sapa pun.

Kenapa Kita Perlu Lawan

Image
Setahun yang lalu, tarikh yang sama, gua jadi saspen tak hengat dunia sampai gua tak note langsung tarikh ni. Hari ini, gua takde apa lagi yang nak di-saspen-kan. Zaman gundah itu sudah berakhir.

Hari ini gua mengangkat tabik penuh hormat kepada kehidupan penuh chaotic gua sepanjang 25 tahun yang lalu. Dan kini memberi laluan kepada bahagian kedua. Namun, walau apapun, nothing of value is lost dalam transition ini.





Aku memperbetulkan tali kasut. Ku ikat kemas. Seluar yang londeh ku angkat sedikit. Klik! Talipinggang ku ketatkan. Kedutan-kedutan di baju ku perbaiki. Tanganku menyisir rambut agar lebih kemas. Nafas ku tarik dalam-dalam. Dadaku menaik, bahu ke belakang. Tangan digenggam kuat. Bibirku mengukir senyuman satu side penuh makna...






Ready..


Set..

Halaman Rambo

Image
Gua baru sahaja selesai mengorek keluar serpihan kaca yang tertusuk di tapak kaki gua dengan menggunakan pisau rambo. Orang kata, kalau biarkan serpihan kaca terlekat dalam badan, nanti dia akan mengalir dalam bloodstream, pastu masuk dalam jantung.
Gua haram tak percaya.