Ada Tersimpan Di Sana


Pada tahun 1880, Sultan Pahang ketika itu iaitu Sultan Ahmad telah menghantar 2 ekspedisi mendaki Gunung Tahan buat kali pertama. Ekspedisi ini bertujuan untuk mencari Batu Hikmat yang baginda percaya ada tersimpan di puncak gunung tersebut. Mengikut kepercayaan orang asli tempatan juga, ada 2 ekor kera ajaib sebesar badak menjaga tajau yang berisi Ibu Emas Dan Ibu Perak. Memiliki kedua-dua ibu galian mistik ini pasti akan mendatangkan kekayaan yang melimpah ruah.

Kedua-dua ekspedisi Sultan Ahmad itu menemui kegagalan kerana laluan yang mereka gunakan terlalu curam.

Pengalaman gua mendaki Gunung Tahan beberapa tahun yang lalu, dan bersabung nyawa menyeberangi sungai berarus deras dengan hanya menggunakan sebatang kayu makes a good dinnertime stories.

Namun perkara yang paling pelik dan aneh yang gua jumpa di puncak Gunung Tahan itu masih gua simpan sehingga kini dan gua belum brave nak cerita kat sapa-sapa pun.

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa