Gua Bukan Kaki Pancing


"Bila nak pegi mengail ni?!"

Pagi tu gua berbisik dalam hati. "Apahamjaddahnya nak mengail pulak ni?! Gua mana 'in' ngan aktiviti-aktiviti macam ni". Namun dek kerana gua mithali punya kaki, gua turutkan jugak. Kami bergerak ke umah Mail. Kitaorang pakai joran menggunakan batang salak. Memang old-school.

Mula-mula pepalih boring. Duduk tercangak tepi air, pegang joran. "Buang masa namanya ni.." getus hati gua. Dah la hari panas. Miang lagi kena lalang. Nyamuk pun buat hal jugak.

Tetiba berlaku satu keajaiban. Pelampung kail gua tenggelam slow-slow. Kemudian joran gua direntap keras. Shiahh!! jerit gua sambil memperkukuhkan kuda-kuda di tebing kolam. Dari atas kelihatan susuk ikan patin sebesar peha sedang menarik tali kail gua. Setengah jam gua bertarung ngan patin tu. Tenaganya sungguh kuat. Bila gua tarik, dia sentap balik. Bila gua rilek dia rilek. Peluh memercik dari dahi gua.

Akhirnya patin terlepas. Tali putus. Gua berdiri di tepi kolam. Hampa dan marah. Namun kejadian itu memberikan gua spirit baru. Gua pantang dicabar orangnya. Sambil menuding ke arah kolam gua bersuara "Jaga kau patin.."

Beberapa hari selepas itu gua ke kedai pancing. Angkat tali kail gred raksasa (buat kail raksasa punya) dan mata kail 'made in Japan' dengan komposit karbon apahamjaddah.

And the rest is history..

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa