Kembali


Mengumumkan skang gua dah comeback setelah bercuti panjang. Lebih kurang sebulan jugak gua bercuti. So what happened?

Mengenai khabar angin yang bertiup kencang tu, suka gua untuk mengesahkan perkara tersebut. Gua ada reason yang tersendiri dan gua harap takde yang berkecil hati. Majlis bersejarah penuh epik pada 13 disember yang lalu dihadiri oleh sanak saudara dan jiran-jiran terdekat. Diserikan juga dengan helikopter paparazi yang berlegar-legar di ruang udara cuba mendapatkan gambar esklusif. Artis-artis barat biasa buat macam ni. Eventually, event tersebut akan diadakan di Kuala Lipis, Pahang pada tarikh dan masa yang ditetapkan kelak. Jangan risau gua akan ajak semua orang datang.

Sebelum gua bertolak ari tu gua dah unleash 'Bidadari Sequel'. Satu cerita yang tersangat istimewa khusus buat korang semua. Gua harap semua yang dah mendaftar ari tu sempat layan cerita ni. Kini semuanya sudah berakhir.

I heard someone died. Gua menerima kiriman sms berita gempar ini dari sobat-sobat di tanah melayu. Walau beliau tidak pernah ku temui, namun masa muda-muda dulu gua pernah interview beliau untuk zine Thinking Straight gua. Untuk ini, beliau adalah seorang yang ada signifikan kepada gua dan perlu gua note jugak di sini.

Ah, kita juga dah masuk tahun baru. Selamat tahunbaru ya geng. Gua harap korang semua berjaya merecycle azam tahun lepas bawak ke tahun ni balik. Tahun baru, template baru. Runcit-runcit je. Takde yang fancy. Gua dapat banyak width dia gua dah up, boleh letak gambo beso sket lepas ni.

Tahun baru 2009 ni juga banyak perkara yang berubah. Gua juga dengan ini mengumumkan bahawa gua telah menamatkan beberapa agensi di bawak kawalseliaan gua yakni:

Agensi Mencari Jodoh
Beberapa minggu sebelum gua kawen ari tu gua dah 'roll-out' list yang terakhir kepada kutu-kutu semua. Diaorang jual mahal. Ok apa janda anak satu?! Maaf ya, gua kini tidak lagi menjalankan aktiviti-aktiviti agensi ni. Bujang terlajak, andartu gua bagi special kes. Boleh kontek gua. Nak tolong ngejas makwe kedai kaset, gua tak buat dah.

Agensi Kaunseling Pasangan Bermasalah/Suicide Line
Gua kini tidak lagi menerima panggilan nangis-nangis pukul 3 pagi sebab pakwe korang ngejas makwe lain kat Tagged.com. Gua banyak lagi kerja lain nak dibuat.

Perkhidmatan (Percuma) Pemeriksaan Kanser Payudara
Ini agensi yang paling gua berat hati nak lepaskan. Namun pekerjaan ini sangat sensitif dan tak sesuai dengan relationship status gua skang ni. Dengan ini gua melantik Mael untuk menggantikan gua sebagai Pegawai Pemeriksa. Kepada makwe-makwe yang ragu-ragu tentang kesihatan mereka, jangan kontek gua lagi. Kontek Mael.

Tahun 2008 memang king of ekselen bagi gua. Walaupun gua dah 2 tahun berturut-turut gua pegang title ParokMan Malaysia (07/08), namun di bibir gua skang sentiasa terukir senyuman. Hidup gua penuh berseri. Dikelilingi belon-belon buih penuh ceria, dan di sisi gua, seseorang yang sangat istimewa yang gua jaga bagai menatang minyak yang penuh, gua curahkan seluruh kasih sayang gua, gua bagi semua privilege, dan yang paling penting, to carry along the 'Kumprinx' surname.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa