Menengok Butterfingers


Inilah kali pertama kutu-kutu dress up nak tengok show. Kalau tak, King dengan baju koboi nya, Mael ngan seluar skinny nya, Born dengan seluar koyak rabak nya. Mujurlah show dibuat di Istana Budaya. Venue ber-prestige untuk show yang ber-prestige. Ada orang cakap, Butterfingers ni king of indie malaysia.

Crowd semua takut-takut nak rockin. Ambience dia laid back, dan semua orang rilek-rilek saja. Ada 400 orang kat dalam tu. Pentas pulak agak rendah, hampir satu level ngan audience. Sakit jugak kaki gua terjengket-jengket nak tengok diaorang.

Gua tersengih sedikit apabila Butterfingers memainkan lagu 'Mati Hidup kembali', anthem trip gua ke Sarawak disember yang lalu. Walhal, satu album tu barangkali anthem gua skang ni. Lepas ni Butterfingers dah tak rockin dah sehingga diberitahu kelak. Ni kira show last sekali untuk 2009 dan gua tak boleh lepaskan peluang ini.

Gua dah lama dah nak cakap; Album Butterfingers - Kembali adalah the best malay rock album to date.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa