Si Gajah Yang Malang


Kalau gua tersengih-sengih keseorangan di opis gua tu bermakna gua sedang baca buku kanak-kanak yang seronok. Ambik contoh cerita 'Si Gajah Yang Malang' ni.

Gua rasa gua boleh tulis versi yang lebih baik.

Si Gajah Yang Suwey
Gajah adalah haiwan yang sombong dan bongkak. Semua haiwan di rimba tak suka pada gajah. Gajah pernah melempang badak sehingga jatuh ke dalam sungai. Sejak hari itu badak hanya duduk di dalam air. Gajah juga pernah melibas badan harimau sehingga berbelang-belang. Kulit kura-kura yang kelihatan retak seribu pun akibat dipijak oleh gajah.

Kabawacing adalah seekor haiwan seperti kucing yang comel. Bulunya sungguh lembut. Matanya besar. Pada satu hari gajah telah memijak Kabawacing sehingga tinggal mata dan tali perutnya sahaja. Sejak hari itu Kabawacing dikenali sebagai Cacing dan hanya duduk di dalam tanah kerana takut diserang oleh gajah lagi.

Pada satu hari gajah terbersin tapi lupa tutup mata. Kedua-dua biji mata gajah tersembur keluar. "Aduh, mata aku!" jerit gajah. Cacing yang kebetulan lalu di situ bertanya, "Kenapa dengan kamu ni Gajah?". Lalu gajah menceritakan kecuaiannya bersin tak tutup mata. Cacing pura-pura simpati dan menawarkan matanya sebagai ganti mata sang gajah yang tersembul keluar itu.

Gajah berterima kasih kepada Cacing yang baik hati dan berjanji tidak akan bongkak dan angkuh lagi. Sejak hari itu, cacing tidak lagi mempunyai mata.

Mata cacing yang selama ini melekat pada badan cacing (tali perut Kabawacing) telah memberi jangkitan kuman kepada gajah. Gajah akhirnya terkena penyakit buasir. Dan katarak.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa