Posts

Showing posts from February, 2009

Dont Forget The Struggle

Image
Masa gua kat sarawak Disember yang lalu, gua ada melawat seorang makcik ni. Dah tua. Beliau selalu terbatuk-batuk. Batuk dia bunyinya buram dan heavy. Mesti sakit. Namun apa yang gua respek mengenai makcik ni adalah dalam keadaan batuk yang heavy tu, beliau tetap menghisap rokok. Malah beliau juga menghulurkan ashtray kepada gua ajak gua join sekali.

Ya adik-adik. Walau sakit macamanapun, value dan idea yang kita pegang jangan sekali-kali dilepaskan. Batuk ni penyakit, dan penyakit tak boleh dilayan sangat. Sempena batuk kronik yang gua hidapi skang ni, gua menukar brand rokok kepada yang semi-heavy iaitu Marlboro biasa-biasa saja sementara menunggu batuk itu reda. Gua juga mendapat MC selama 2 hari.

Kisah Wali-Wali

Pada satu hari Rabi'ah Binti Ismail Al-Adawiyah bertemu dengan Hasan Bin Abil Hassan Al-Bashri di tepi sebuah tasik. Hasan membentangkan sejadahnya di atas air dan mengajak Rabi'ah, "Marilah bersolat bersama-samaku di atas air ini". Rabi'ah menolak memandangkan mereka berada di kawasan yang terbuka, sebaliknya beliau pula membentangkan sejadahnya di atas angin (terbang) ala-ala karpet zam-zam-alakazam. "Ha, apakata ko yang follow aku sembahyang kat atas angin?". Hasan tertunduk dan malu. Kerana keupayaan beliau tidak sampai lagi tahap boleh sembahyang terawang-awangan macam tu.

Lalu Rabi'ah berkata untuk menenangkan hati Hasan, "Tak heran langsung kebolehan kita ni berbanding dengan ikan dan lalat. Yang penting bukan keahlian-keahlian seperti ini, sebaliknya apa yang perlu dilakukan adalah mengabdikan diri kepada hal-hal yang terpenting."

Menengok Ceramah Pas

Kepada yang ternampak gua kat ceramah Pas malam semalam sayugia dimaklumkan gua bukanlah ahli Pas dan bukan hardline Pas. Kehadiran gua di majlis tersebut juga bukan sebagai mata-mata gelap polis. Gua hanya hadir untuk mendengar penerangan dan pendirian Pas dalam isu tampuk pimpinan kat Perak. Suka gua mendengar mengenai isu ini dari kedua-dua belah pihak supaya dapat gua membuat penilaian sendiri.

I had much fun mendengar penerangan tersebut dan apa yang gua boleh cakap adalah politik di Malaysia ni macam biasa is a load of bull.

Mr. Pang

Petang tadi ketika sedang asyik mengira-ngira gaji gomen gua yang bakal masuk tidak lama lagi gua teringatkan Mr.Pang.

Mr.Pang adalah cikgu matematik masa gua sekolah rendah dulu. Mr.Pang ni sangat horror orangnya. Dia ngan bini dia tak duduk kat bilik guru, tapi ada bilik khusus yang dikenali sebagai Pang Room. Dalam bilik tu Mr.Pang tidor dan minum arak sebelum masuk mengajar di kelas. Bila dia masuk kelas je, terbau minuman keras yang kuat.

Mood Mr.Pang selalu dipengaruhi oleh minuman keras dia. Cikgu ini sungguh garang sehingga ada sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa ketika kecil beliau pernah tertelan kerawal (serangga penyengat). Budak-budak kalau dengar nama dia je, terus kecut perut. Dia ajar gua matematik.

Time mengajar kalau ada sesiapa yang buat babil (tak paham bahasa) beliau akan menggunakan kekerasan. By 'kekerasan' I mean pure violence. Ramai yang jadi mangsa lempang beliau. Gua sendiri pernah kena hantuk kepala kat papan hitam sebab gagal menjawap masalah ma…

Hantu Zakar

Image
Perkara-perkara yang ada mention Kuala Lipis pasti menarik perhatian gua. Termasuk buku seram mistik yang gua tengah proses ni. Gua pun membaca dengan tekun. Tajuk dan penulisnya tak perlulah gua mention di sini untuk tidak mengaibkan sesiapa.

Bab ini mengisahkan mengenai hantu highway KL-Karak yang menganggu penulis. Hantu tersebut ingin mengulum konek penulis. Namun penulis berjaya mengatasi ganggguan tersebut dengan membaca beberapa potong ayat sebagai pendinding. Menurut penulis, jika hantu tersebut berjaya mengulum koneknya, dia pasti akan dibawa ke alam fantasi yang penuh nikmat.

Korang ingat gua main-main?

Sepanjang karier gua setengah tahun keje library ni, gua tak pernah jumpa buku cerita yang sebegini barai penulisannya.

Membazir duit kerajaan je.

Duit Belanja Sekolah

Image
Masa gua first masuk alam persekolahan dulu mak gua bagi duit belanja 50sen. Itu jam berbunga-bunga hati gua. Ye maklumlah selama ni mana ada dapat duit. Duduk pun kampung je nak beli apa. Kalau ada pun india jual ais krim lalu depan umah gua je.

Time rehat gua berbelanja. Nasik/Mee goreng selebet 20sen, air kaut 10sen, karipap inti angin 10sen. baki seposen gua simpan untuk time balik. Itu jam gua akan beli sepotong jambu dari Bala yang setia menanti depan gate sekolah untuk meng-extort duit dari kanak-kanak. Bala kini seorang runner JPJ/Puspakom yang berjaya.

Masa gua sekolah rendah, hidup kami memang susah. Tengahari mak gua akan gendong gua naik basikal hantar gua pegi sekolah. Time balik ada satu bukit yang curam. Mak gua mengunakan teknik zig-zag sebab beliau tak larat nak kayuh lurus naik bukit tu.

Tengahari tadi gua hangout ngan budak-budak sekolah rendah kat library gua. Gua tanya sorang budak ni belanja sekolah dia berapa sen. Budak tu bagitau gua belanja dia sehari RM5. Anak o…

Penerangan : Akta Lompat Parti

Katakan dalam sehari kita ada 3 jemputan nikah kahwin ('pengilan' kata bini gua). Lepas makan nasik minyak kat rumah pertama, Kita perlu terus bergerak ke kenduri yang seterusnya (baca: party hopping). Takkan itu pun salah!? Takkan kita dalam negara demokrasi ni dan party hopping dari party harijadi umah Ali ke rumah Raju pun kena tangkap?!

Baik mengaku, sapa punya idea ni!