Dont Forget The Struggle


Masa gua kat sarawak Disember yang lalu, gua ada melawat seorang makcik ni. Dah tua. Beliau selalu terbatuk-batuk. Batuk dia bunyinya buram dan heavy. Mesti sakit. Namun apa yang gua respek mengenai makcik ni adalah dalam keadaan batuk yang heavy tu, beliau tetap menghisap rokok. Malah beliau juga menghulurkan ashtray kepada gua ajak gua join sekali.

Ya adik-adik. Walau sakit macamanapun, value dan idea yang kita pegang jangan sekali-kali dilepaskan. Batuk ni penyakit, dan penyakit tak boleh dilayan sangat. Sempena batuk kronik yang gua hidapi skang ni, gua menukar brand rokok kepada yang semi-heavy iaitu Marlboro biasa-biasa saja sementara menunggu batuk itu reda. Gua juga mendapat MC selama 2 hari.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa