Duit Belanja Sekolah


Masa gua first masuk alam persekolahan dulu mak gua bagi duit belanja 50sen. Itu jam berbunga-bunga hati gua. Ye maklumlah selama ni mana ada dapat duit. Duduk pun kampung je nak beli apa. Kalau ada pun india jual ais krim lalu depan umah gua je.

Time rehat gua berbelanja. Nasik/Mee goreng selebet 20sen, air kaut 10sen, karipap inti angin 10sen. baki seposen gua simpan untuk time balik. Itu jam gua akan beli sepotong jambu dari Bala yang setia menanti depan gate sekolah untuk meng-extort duit dari kanak-kanak. Bala kini seorang runner JPJ/Puspakom yang berjaya.

Masa gua sekolah rendah, hidup kami memang susah. Tengahari mak gua akan gendong gua naik basikal hantar gua pegi sekolah. Time balik ada satu bukit yang curam. Mak gua mengunakan teknik zig-zag sebab beliau tak larat nak kayuh lurus naik bukit tu.

Tengahari tadi gua hangout ngan budak-budak sekolah rendah kat library gua. Gua tanya sorang budak ni belanja sekolah dia berapa sen. Budak tu bagitau gua belanja dia sehari RM5. Anak orang kaya. Dapat biasiswa Yayasan Pahang pulak tu.

Bersepai gigi budak tu kena lempang ngan gua.

Bala juga pernah disebut dalam entry ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa