Kisah Wali-Wali

Pada satu hari Rabi'ah Binti Ismail Al-Adawiyah bertemu dengan Hasan Bin Abil Hassan Al-Bashri di tepi sebuah tasik. Hasan membentangkan sejadahnya di atas air dan mengajak Rabi'ah, "Marilah bersolat bersama-samaku di atas air ini". Rabi'ah menolak memandangkan mereka berada di kawasan yang terbuka, sebaliknya beliau pula membentangkan sejadahnya di atas angin (terbang) ala-ala karpet zam-zam-alakazam. "Ha, apakata ko yang follow aku sembahyang kat atas angin?". Hasan tertunduk dan malu. Kerana keupayaan beliau tidak sampai lagi tahap boleh sembahyang terawang-awangan macam tu.

Lalu Rabi'ah berkata untuk menenangkan hati Hasan, "Tak heran langsung kebolehan kita ni berbanding dengan ikan dan lalat. Yang penting bukan keahlian-keahlian seperti ini, sebaliknya apa yang perlu dilakukan adalah mengabdikan diri kepada hal-hal yang terpenting."

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa