Mr. Pang

Petang tadi ketika sedang asyik mengira-ngira gaji gomen gua yang bakal masuk tidak lama lagi gua teringatkan Mr.Pang.

Mr.Pang adalah cikgu matematik masa gua sekolah rendah dulu. Mr.Pang ni sangat horror orangnya. Dia ngan bini dia tak duduk kat bilik guru, tapi ada bilik khusus yang dikenali sebagai Pang Room. Dalam bilik tu Mr.Pang tidor dan minum arak sebelum masuk mengajar di kelas. Bila dia masuk kelas je, terbau minuman keras yang kuat.

Mood Mr.Pang selalu dipengaruhi oleh minuman keras dia. Cikgu ini sungguh garang sehingga ada sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa ketika kecil beliau pernah tertelan kerawal (serangga penyengat). Budak-budak kalau dengar nama dia je, terus kecut perut. Dia ajar gua matematik.

Time mengajar kalau ada sesiapa yang buat babil (tak paham bahasa) beliau akan menggunakan kekerasan. By 'kekerasan' I mean pure violence. Ramai yang jadi mangsa lempang beliau. Gua sendiri pernah kena hantuk kepala kat papan hitam sebab gagal menjawap masalah matematik. Bila dia sain buku, kalau ada banyak salah dia akan koyak je buku tu. Anak-anak yang miskin akan menangis sebab takde duit nak beli buku baru.

Kerja rumah yang beliau bagi pepalih banyak. Kalau cuti panjang tu memang like hell. Walaupun pulun buat 6 jam sehari pun tak sempat siap. Sesiapa yang tak hantar kerja sekolah kalau tak kena lempang, kena campak keluar kelas (ya adik-adik, tubuh kami yang kecil ketika itu akan dihumban ke luar kelas), kena hantuk kepala kat dinding tak pun paling soft adalah kata-kata kesat yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang guru. Carutan beliau juga masih gua gunakan sehingga kini. Sebagai contoh 'Bloody Babi', 'Bastard', 'Budak Sial' dan 'Kerbau Bodoh'.

Dalam pembelajaran, kalau budak dalam kelas tak paham apa yang dia ajar, beliau akan gunakan apa jua pendekatan subversif supaya bebudak paham. Istilah-istilah matematik beliau tukarkan kepada perkataan yang digemari murid-muridnya. Yang gua ingat sehingga hari ini adalah 'Satu Nenek Tiga Tetek'. Fikiran beliau juga melampaui zaman di mana pada ketika itu, beliau sendiri telah menggunakan term inggeris dalam formula-formula dia.

Masa tu, beliau lah guru paling asshole sekali. bebudak semua menyampah. Paling sadis, ada budak conteng kat dinding tulis "Mr.Pang Anak Gampang" sampai guru besar sekolah gua mengamuk satu perhimpunan.

Akhir tahun baru gua tau. Result UPSR kelas beliau speaks for itself. Semua student dia dapat A matematik. Baru gua sedar. Keganasan dan tindakan di luar batasan beliau hanya untuk satu tujuan. Supaya murid-murid dia excellence. Kalau budak paham apa yang dia ajar, takde pulak dia mengamuk tak tentu hala. Gua sedar bahawa sebagai seorang guru, beliau ajar murid beliau supaya pandai by all means necessary. Bila budak takut, budak akan belajar sungguh-sungguh supaya tak kena humban ke luar kelas. Bila tak siap kerja rumah beliau akan koyak buku tu sebab kalau tak nak buat latihan, baik tak payah belajar langsung. Dia maki hamun dan hina budak-budak dengan carutan supaya budak rasa tercabar.

Walaupun time tu gua nampak dia ni memang hantu yang bangkit dari kuburan, di sebalik gerak langkai longlai di bawah pengaruh alkohol beliau tu adalah tokoh perguruan yang paling pure. Masa kecik gua tak nampak matlamat dan gua tak dapat nak justify tindakan beliau tu.

Kini gua sedar. kalau dia tak hantuk kepala gua kat papan hitam ari tu, sampai hari ni gua takkan reti nak buat kira-kira yang basic. Dan kira-kira yang basic ni adalah pengatahuan yang gua akan gunakan seumur hidup gua. Sebagai contoh, mengira gaji yang bakal diterima.

Bila gua dapat tahu bahawa beliau telah mati kena kanser lidah (sebab banyak mencarut), gua jadi pilu. Negara telah kehilangan seorang guru yang paling ekselen dan tiada tolok bandingnya.

Kalau ada seribu Mr.Pang di Malaysia ni, takkan ada gelaja sosial dan kemalangan di Malaysia ni. Sebab gua yakin, gejala sosial dan keruntuhan akhlak adalah berpunca daripada budak yang bodoh dan kebanyakkan kemalangan hanya disebabkan oleh pemandu yang bodoh.

Mendiang Pang, damailah mu di sana.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa