Brader Makrifat


Dalam banyak-banyak crook kat Kuala Lipis ni, ada sorang yang gua paling gerun. Kami menggelarkan beliau, Brader Makrifat.

Brader Makrifat adalah seorang rakyat kebanyakkan. Gua dah lama perhatikan beliau. Mukanya bengis dan serius. Tak pernah senyum. Gua tak pernah tengok dia hangout ngan sapa-sapa pun. Dia buat hal dia sendiri. kadang-kadang gua nampak dia naik motor, kadang-kadang jalan kaki. Entah mana haluan beliau gua tak tau. Gua tak pernah langsung berteguran dengan Brader Makrifat ni. Kadang-kadang gua nampak beliau naik motor tak angkat tongkat, gua tak berani nak tegur.

Biasa kalau Brader Makrifat lalu depan gua akan saspen. Sebab gua syak Brader Makrifat boleh dengar apa yang gua cakap dalam hati. Pertama kali gua nampak Brader Makrifat kat pasar malam. Gua tengah hangout kat kedai Ice Blended kat town (belilah Ice Blended yang lazat ini, ada makwe tukang bancuh air). Melihatkan muka beliau yang bengis dari kejauhan gua berkata dalam hati "Bengis betul brader ni, entah nak pegi mana..". Serentak dengan itu beliau memalingkan muka dan merenung straight ke mata gua. Renungan beliau tajam dan macam nak makan orang. Gua jadi terkesiap. Beliau macam tau-tau je gua mengumpat. Entah hapa niat beliau terhadap gua. Misteri ini menjadikan gua stress setiap kali bertembung dengannya.

Biasa berlaku macam tu. Bila gua pandang je beliau, beliau macam tau-tau je terus merenung ganas kepada gua. Sebab tu bila gua nampak dia gua akan cuba sedaya-upaya untuk tidak mention beliau dalam hati. Sekali gua mention je, dia terus pandang dengan muka bengis. Kalau gua tengah hangout, tetiba je dia renung semacam. Dia tau kami sedang memerhatikan beliau. Jesteru kalau ternampak beliau, gua buat-buat tak nampak.

Ada khabar angin mengatakan pernah terlihat beliau berjalan di koridor Lipis Centerpoint. Pastu ada banyak burung-burung bertenggek kat situ. Bila dia lalu je, burung berterbangan lari. Sepantas kilat beliau mengacungkan tangan dan menangkap seekor burung dengan gaya penuh bersahaja dan kasual. Burung tersebut dimasukkan ke dalam mulutnya. Kruk kruk kruk.. bunyi tulang burung layang-layang habis dikunyahnya.

Akhirnya misteri terjawap. Gua dengar seorang otai cerita kat gua. Satu ketika dulu Brader Makrifat ada study sufism ke hapa ntah ngan tok guru mana tah. Pastu salah bawak, makan diri. Isim. Walaupun Brader Makrifat dah jadi tak berapa center, namun sebahagian ilmu dia masih lagi running dalam dirinya. Sebab tu la dia boleh baca fikiran orang.

Gua akan sentiasa berhati-hati dengan Brader Makrifat.

Berikut adalah photofit Brader Makrifat yang disediakan oleh Mael.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa