Hardcore 1997 : Konfrontasi Pudin

Tahun 1997 memang zaman hardcore yang strong kat Kuala Lipis. Time tu gua under Tempoyang Chaos Crew (TCC). King Of Letup, Apek Isham, Otam,dan rakan-rakan antara pejuang hardcore yang satu aliran dalam TCC. Petang-petang kitaorang hangout kat Taman Permai sambil bincang-bincang isu hardcore, politics, ideals, porno dan macam-macam lagi. Hujung minggu kami turun town lepak. Scne HC/Punk memang gemilang tahun 1997 tu.

Satu petang kitaorang lepak sambil bincang-bincang. Tetiba ada kutu petik nama Pudin. Kitaorang biasa nampak Pudin ngan rakan-rakan HC diaorang kat town. Pudin memang dressing lebih, tapi kalau bawak borak, tak banyak sangat buah fikiran yang beliau mampu keluarkan. Ingat nak chaos dan fashion je. Sehinggalah pada hari itu gua mengeluarkan statement yang berbunyi "Pudin tu memang poseur..".

Zaman tu perkataan poseur (poser) memang sensitif. Boleh bawak kelahi. Malang nasib gua time tu ada pulak kutu yang bacul bawak laporan ke Pudin sendiri mengenai statement gua tu. Maka bermulalah persengketaan antara 2 scene HC/Punk kat Kuala Lipis ni. Scene Batu 4 lawan Tempoyang Chaos Crew.

Hujung minggu tu gua turun town. Lepak tingkat 3 Centerpoint minum 'lengkong susu'. Time tu seingat gua ada Brandon ngan sapa ntah. Tetiba ada brader tarik gua. "Kumprinx, ikut aku jap ada hal sket." Gua jadi separa panik. Gua tanya balik "Apa kes dude?!". "Ada la. Ni hal orang laki ni!" jawap brader tersebut.

Gua pun follow brader tersebut sorang-sorang. Sampai kat satu sudut ada 5-10 budak hardcore tunggu gua. Gua dikelilingi. Tetiba Pudin muncul. "Kumprinx. Gua dengar lu panggil gua poser. Betul ke?". Gua dah agak. Time tu gua tak pikir lain selain mencari sapa la yang pecah lobang ni? Sapa antara TCC yang khianat terhadap gua ni? Gua di ambang kena hentak. Kena pukul ngan 10 orang remaja juga dikenali sebagai 'Pakej Lanyak Sekampung. Adrenalin gua menaik. Degupan jantung semakin laju. Tangan gua genggam kuat-kuat, ready to fight.

"Betul!" kata gua. "Kami memang anggap ko poseur" sambung gua. Time tu gua berani kerana benar. Kalau kena hentak, gua tau Tempoyang Chaos Crew akan repeat bagi pihak gua. "Dah tu?! Ko ingat ko otai sangat ke?" kata Pudin sambil menarik leher baju gua. Gua tepis. Dan itu jam gua sorang bertengkar mengenai idealogi dan pengetahuan am kejaddah. Gua dah dapat menghidu serangan bakal dilakukan pada bila-bila masa sahaja. "Babi Pudin, kitaorang nak cakap ko poser tak poser tu hak kitaorang la!" kata gua yang semakin amarah. "Tak guna!!" jerit Pudin sambil menghayunkan satu penumbuk ke arah gua. Gua mempersiapkan kuda-kuda. Tumbukan Pudin gua berjaya elak. "Shiiaahhh!!" jerit gua..

Setahun kemudian dikatakan Pudin mula menghidu gam. Keadaan mental dia semakin merosot. Pakaian selekeh, rambut panjang, bau busuk, cakap tak tentu hala. Beliau sering dilihat terhiling-hiling kat town dengan beg plastik berisi gam di tangannya. Satu hari gua dengar cerita, dalam keadaan 'high' Pudin merogol seorang auntie tua di bawah jambatan. Kesian auntie tu. Dah la jalan bongkok, balik dari pasar beli sayur kena rogol pulak tu. Pudin di tangkap polis dan disumbat ke dalam jel untuk beberapa tahun.

Moral : Jangan hidu gam

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa