Sejarah Bersama Kumprinx : Tun Saban Vs Megat Terawis

(1533m) Selepas Tun Saban Balik ibni Tun Perak/Tok Mamat(?) mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah bebas di Hulu Perak sebagai tanda rebel terhadap keputusan Sultan Mudzafar Shah (kerana berkecil hati tidak dilantik sebagai Bendahara Perak sedangkan beliau berjasa membawa Sultan Mudzafar Shah dari Kampar dan menjadi raja di Perak) perang meletus. Angkatan tentera Sultan Mudzafar Shah menghadapi kesukaran untuk menewaskan Tun Saban yang mempunyai ilmu kesaktian yang sangat tinggi.

Orang lama-lama cerita, Tun Saban menebang sebatang pokok tualang sebesar 3 pemeluk (secara berseorangan) kemudian melancarkannya dari kubu pertahanannya di Changkat Merah ke arah istana Sultan Mudzafar Shah. Berapa jauh batang tualang yang besar terbang melayang dan tepat mengenai istana dan mengakibatkan kerosakan yang teruk (korang bayang la batang batu besar tu hempap rumah korang apa jadi?). Serangan sebegini, satu level dengan peluru berpandu dalam peperangan masakini.

Sultan Mudzafar Shah tidak terus melancarkan counter attack, sebaliknya menghantar Megat Terawis (bendahara Perak ketika itu) untuk meng-assasinate Tun Saban demi untuk menegakkan kedaulatan sultan. Megat Terawis pun berjalan kaki untuk mencabar Tun Saban.

Apabila Tun Saban dan Megat Terawis bertemu, lantas Megat Terawis mengacungkan senapang istinggarnya sambil membaca mentera-mentera. Kemudian terus menembak Tun Saban. Tun Saban bersedia dengan kuda-kudanya. Apabila peluru semakin hampir, Tun Saban mengangkat tangannya dan menangkap peluru tersebut dalam genggamannya. Namun begitu peluru tersebut sendiri telah diarahkan oleh Megat Terawis untuk membinasakan Tun Saban. Ia tetap bergerak dalam genggaman Tun Saban. Ketika itu Tun Saban tahu bahawa jika dia melepaskan peluru tersebut, peluru itu akan tetap mengenai tubuh beliau kerana ia telah dijampi oleh Megat Terawis dengan kesaktian sihir yang tinggi.

Megat Terawis dengan konfiden meninggalkan Tun Saban bergelut dengan penumbuknya sendiri. Genggaman peluru di tangan Tun Saban tidak langsung dilepaskannya. Menurut cerita, Tun Saban bertahan selama sebulan mengenggam peluru yang sentiasa ingin menuju ke arah jantungnya. Akhirnya Tun Saban tidak berdaya lagi untuk menghalang sasaran peluru tersebut. Dengan saki-baki kekuatan yang ada pada dirinya, beliau mencampakkan peluru di dalam genggamannya sejauh-jauh yang boleh. Peluru tersebut berpatah balik dan terus meluru kembali ke arah Tun Saban. Tun Saban pun mati setelah sebulan bersabung nyawa.

Sejarah Melayu zaman dahulu menarik bukan?

Comments

StingRay said…
This comment has been removed by the author.
stingray said…
King,baca ni.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa