Geruh Di Gunung Tahan

Denai yang kami lalui semakin sempit. Pokok-pokok renek di kiri kanan semakin aneh rupabentuknya. Ada sebatang pokok ala-ala bonzai condong dua dahannya terbenam ke mukabumi. "Aneh.." getus hati gua.

"Lu perasan tak King?" gua mula bersuara setelah 15 minit tak bercakap langsung.
"Apabende?" tanya King Of Letup.
"Masa kita naik ari tu takde pulak kita lalu jalan ni.."
"Ye tak ye.." kata king.

Gua tetiba naik seriau. Lengan start meremang. Kepala macam pening-pening. Dalam pening tu gua terdengar suara dari arah belakang. Macam ada suara perempuan ketawa. Tidak mengilai seperti klise horror seram yang selalu gua baca. Sebaliknya mengekeh-ngekeh dengan suara perempuan. Gua mempercepatkan langkah. Mulut diam seribu bahasa. King Of Letup yang mengekori dari belakang juga terdiam. Entah dia dengar jugak ke tidak gua tak tau.

Akhirnya denai yang kami lalui tamat. Depan dah semak-samun setinggi bahu. Tiba-tiba lutut gua jadi lemah. Longlai.

"Fcuk!" keluh gua dalam hati. "Geruh kita ni King.." gua bersuara lemah.

Petikan dari 'Geruh Di Gunung Tahan' (Unpublished)

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa