Pakcik Berdebor

Pertama kali jumpa pakcik ni dia dengan isteri dia jenis tolak-menolak nak masuk library gua. Last-last gua approach dia tanya apakehal? Adakah mereka memiliki anak yang cun untuk dijodohkan dengan gua? Gua kabo, gua harus menolak dengan sopan sebab gua dah kawen.

Lalu pakcik tersebut berkata dengan nada yang berdebar, "Pakcik nak masuk perpustakaan awak tu, tapi pakcik segan sebab baru balik menoreh ni. Bau getah lagi ni ha..".

Lantas gua pegang tangan pakcik tu dan pimpinnya naik ke library gua. Bininya menyusul. Kat dalam gua bagitau, "Saya tak kisah, masa kecik saya selalu jugak ikut mak saya menoreh getah". Pakcik tu senyum. Gua senyum. Beliau sukakan buku-buku agama. Sehingga hari ini, gua sentiasa merekemenkan beliau buku-buku yang terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa