Pilih Bulu

Dari jauh gua nampak pinggulnya yang meliuk-liuk ke kiri dan ke kanan. Belum sampai lagi wangi perfume dari tubuhnya telah menyengat hidung gua. Gua bertenang dan buat buat rilek. Makwe itu mula melangkah naik ke library gua. Gua sengih macam biasa.

"Eeeuuww.. buruknya library ni. Panas!" katanya.
"Memang panas sikit dik. Kalau tak tahan duduk la kat kipas tu.." gua cuba yang terbaik.
"Buku-buku baru takde ke? Semua buku dah buruk. Macamana nak baca?"
"Buku-buku baru ada, semua dah bercampur-campur. Cuba la tengok-tengok"
"Novel-novel english ada? Saya tak baca novel melayu ni. Meleleh, takde kelas"
"Ada, kat situ" gua menuding ke arah seksyen 'Fiksyen Inggeris'.
"Ish! Ini buku zaman bila?! Yang baru-baru takde ke? Harry Potter ke?"
"Err.." itu jam gua tak tau macamana nak counter sikap makwe ni.
"Harry Potter pun takde?! Takpelah! Tak best langsung library ni!" Awek tu blah. Gua lega sebab tak perlu melayan perangainya lagi.

Sejam berlalu. Kami bergerak ke lokasi lain pulak. Kali ni kami masuk ke estet koko yang besar. Kat sini pengguna library terdiri daripada anak-anak pekerja ladang. Termasuk sorang budak ni. Gua rasa dia baru tingkatan 1-3 gitu, tapi dia selalu pinjam novel inggeris yang tebal-tebal. Bila dia pulang buku, pasti ada komentar tentang buku tersebut dari beliau. Gua tak nak kalah, gua layan jugak. Gua yakin dia pengguna yang betul-betul true dan memang baca buku-buku yang dipinjam. Tak macam budak-budak lain yang pinjam buku sebab kawan-kawan dia pinjam jugak untuk nampak trendy. Pastu buku berkuap tak baca kat umah.

Budak ni pulang 2 naskah buku. Gua ambik dan masukkan kembali ke dalam rak. Sementara dia membelek-belek buku-buku yang hendak dipinjam. Gua bukak laci dan bawak keluar sebuah buku yang boleh tahan tebal. Dah seminggu gua simpan buku tu sebab nak bagi dia pinjam.

"Dik, Harry Potter dah baca?! Buku ni baru sampai minggu lepas.." kata gua sambil menunjukkan buku tersebut.
"Wow! Harry Potter!" matanya bercahaya.

Selesai proses pinjaman, budak tu berlari keluar. Sambil lari pun beliau dah start baca mukasurat pertama buku tersebut. Ketika library gua mula bergerak untuk kembali ke ibusawat gua nampak budak tu baring kat ruang tamu rumahnya. Dan terus membaca dengan tekun.

Sambil bersandar kat seat 'semi-bucket' gua, hati gua berbisik, "Pilih bulu jugak gua ni rupanya.." Sepanjang perjalanan gua senyum.

Comments

goodeda1122 said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Suraya said…
Saya rasa kamu baik hati!

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa