Thursday, May 28, 2009

Geruh Di Gunung Tahan

Denai yang kami lalui semakin sempit. Pokok-pokok renek di kiri kanan semakin aneh rupabentuknya. Ada sebatang pokok ala-ala bonzai condong dua dahannya terbenam ke mukabumi. "Aneh.." getus hati gua.

"Lu perasan tak King?" gua mula bersuara setelah 15 minit tak bercakap langsung.
"Apabende?" tanya King Of Letup.
"Masa kita naik ari tu takde pulak kita lalu jalan ni.."
"Ye tak ye.." kata king.

Gua tetiba naik seriau. Lengan start meremang. Kepala macam pening-pening. Dalam pening tu gua terdengar suara dari arah belakang. Macam ada suara perempuan ketawa. Tidak mengilai seperti klise horror seram yang selalu gua baca. Sebaliknya mengekeh-ngekeh dengan suara perempuan. Gua mempercepatkan langkah. Mulut diam seribu bahasa. King Of Letup yang mengekori dari belakang juga terdiam. Entah dia dengar jugak ke tidak gua tak tau.

Akhirnya denai yang kami lalui tamat. Depan dah semak-samun setinggi bahu. Tiba-tiba lutut gua jadi lemah. Longlai.

"Fcuk!" keluh gua dalam hati. "Geruh kita ni King.." gua bersuara lemah.

Petikan dari 'Geruh Di Gunung Tahan' (Unpublished)

Friday, May 22, 2009

Pedal Masih Lapar

Gua tengok Pedal yang paling lemah sekali. Pipinya cengkung. Tulang rusuknya kelihatan. 2-3 ekor burung hering dah tunggu kat tepi beliau. Gua jadi simpati. Lantas gua ambik wallet gua. Gua korek sana-korek sini, ada la dalam seringgit lebih. Gua juga menganjurkan kepada Pedal dan Man Bola untuk melakukan perkara yang sama dengan wallet diaorang. Akhirnya kami berjaya mengumpul dalam RM3 lebih gitu.

Gua dan Man Bola bersepakat untuk melantik Pedal beli la apa-apa makan yang dirasakan sesuai dengan duit yang berjaya kami kumpul itu. Itupun sebab memandangkan dia yang paling tak daya nak jalan sekali. Pedal turun membawa seribu harapan. Kami menanti di rumah dengan penuh saspen. Entah apalah yang dibeli oleh pedal ni kelak ya, hati gua berbisik sambil mengetatkan bengkung di perut gua.

20 minit kemudian Pedal kembali. Muka gua sengih. Muka Man Bola sengih. "Korang tengok sikit apa yang aku beli ni?!" ujar pedal. Bangga. Gua rampas beg plastik yang dibawanya. "Peh, pandai jugak ko ni ye Pedal.." Gua puji buat ambik hati. Dengan duit tak seberapa yang berjaya dikumpul tadi, Pedal membeli 'roti paun' bersaiz raksasa dan setin sardin cap 'Pork Meat'.

Petikan dari 'Pedal Masih Lapar' (Unpublished)
Juga baca 'Aishah Masih Hidup' (gambarhantu.blogspot.com)

Wednesday, May 20, 2009

Salmah Dan Pinggan Emas

Baju yang dipakainya dicarik satu persatu. Tangan berbulu lebat dan berurat-urat tu mula merayap menghampiri alat sulitnya. Salmah menjerit sekuat-kuat hati, "Abaaanngggg!!!"

Rahim memberhentikan motorsikalnya betul-betul di persimpangan jalan besar. Dia menoleh kembali ke rumah Salmah. Rasanya seperti terdengar sesuatu. Dia cuma mengamati bunyi tersebut. Telinganya dipasang betul-betul. Setelah beberapa ketika dia mengeleng-gelengkan kepalanya. "Mungkin aku tersilap dengar.." bisik hatinya.

Rahim menghidupkan enjin motorsikalnya. Jeritan kedua dari Salmah yang sedang bergelut di dalam rumah tenggelam dek bunyi enjin motorsikal yang mengaum kuat.

"Salmah.. Salmah.. Tak sangka esok kita akan kahwin jugak akhirnya.." Rahim bercakap sendirian sambil sengih-sengih. Motornya lancar menelunsuri jalanraya.

Dari Salmah Dan Pinggan Emas (unpublished)

Friday, May 08, 2009

Epilog Tragis Mak Temah

Petang-petang balik dari kerja, seketika kemudian pasti terpacul wajah Mak Temah di muka pintu rumah gua. Mak temah ni mulut dia memang volume knob rosak. Suara walaupun berbisik ibarat gegak gempita merandung persekitaran. Rehat gua bersama air kopi o' keras air tangan bini gua pasti terganggu.

Malah bukan itu sahaja. Mak Temah juga cenderung menggunakan telefon kat umah gua dengan muka bengis dan maki-maki. Entah sapa la yang dia telefon tu gua tak tahu. Kadang-kadang dia borak hal-hal komedi sampai mengilai ketawa. Takde langsung mintak kebenaran. Gua hanya mampu memandang dengan wajah sayu sahaja.

Beberapa lama kemudia talian telefon umah gua dipotong sebab gua tak mampu nak bayar bil yang melambung tinggi. Ekoran dari itu juga, talian 'jalur lebar' di rumah gua juga gagal disambung. Gua terputus hubungan dengan dunia luar. Email dan blog semuanya tersadai.

Dan sejak hari itu juga, kelibat Mak Temah juga tidak kelihatan lagi di muka pintu umah gua.

Monday, May 04, 2009

Menyelamatkan Kucing


Selama 5 hari kitaorang dengar bunyi kucing kat belakang rumah. Mula-mula gua buat tak pot je sebab skang ni kan mating season kucing-kucing seluruh malaysia. Kemudian mak gua kabo ada sekor kucing kat belakang umah tu terperangkap. Mula-mula kena kejar ngan sekor kucing jantan. Kucing jantan tu nak molest dia. Lalu dia lari panjat bangunan (rujuk anak panah dalam gambar). Sampai atas tak boleh turun dah. Lalu kucing tersebut terperangkap di situ selama 5 hari tak makan dan tak minum.

Masuk hari ke-5 kami jadi makin stress. Tak sanggup nak tengok kucing tu mati kelaparan kat atas tu. Petang semalam kami menghubungi rakan-rakan untuk mencari tangga panjang demi menyelamatkan kucing tersebut. Semua orang tak beri perhatian terhadap permintaan kitaorang. bagi sesetengah orang, menyelamatkan kucing lorong (alleycats) adalah satu usaha yang sia-sia dan tak menguntungkan.

Mak gua mengambil tindakan drastik menelepon bomba. Bomba kabo, "Tengoklah kang..". Kamipun menanti dengan penuh saspen. Sekali betul-betul bomba datang. Gua menjadi teruja nengok lori bomba. Tak sangka jugak bomba sanggup melayan permintaan kitaorang ni. Kami menunjukkan tempat kucing tersebut berada. Pastu bomba tersebut panjat bangunan tu ala-ala spiderman. Kucing berjaya diselamatkan. Bomba mengusyar-usyar lagi lokasi kejadian. Kami berasa puas hati kerana berjaya menyelamatkan kucing tersebut sehinggalah..

Pengusaha Restoran nasik kandar kat bangunan tersebut keluar dari kedainya untuk menengok apa yang kecoh sangat kat belakang kedai dia tu. kata beliau kepada brader bomba tersebut,

"Ala.. ini biasa la kucing panjat atas tu. Diaorang tangkap burung. Nanti diaorang turun la sendiri..."

Memang penis! Makes us looks like a prankster. Dia memang tak tau kes. Kami ni hampir seminggu tengok kucing tu kat situ. Berhujan berpanas, pastu lapar lagi. Memang ada kucing yang hardcore panjat atas tu boleh turun balik, tapi takkan la kucing yang ni saje-saje lepak kat atas tu selama 5 hari sampai kurus kering? Gua syak pengusaha ni takut bomba selongkar-selongkar kedai dia sampai terjumpa barang-barang kontraband ataupun dia memang tak berhati perut orangnya.

Masalahnya di sini, kalau korang tengok gambar jat atas tu betul-betul ada 3 tangga misteri yang tak tau ke mana destinasinya.

Tangga untuk masuk ke alam ghaib?