Malaysia Di Hujung Masa


Kalau nak cerita pasal politik ni; selain dari anal sex dan china doll, secara jujurnya banyak yang gua tak tau. Pasal perlembagaan, malu jugak kalau kata tak hapal semua. Kadang-kala menggelupur juga bukak buku cari loop hole. Ada sesetengah orang kalau sebut pasal perlembagaan ni, sampai berbuih mulut bercerita. Relevan, yes.

Hak kita untuk berhimpun memang perlembagaan dah cover. Bercakap sampai berbuih mulut pun perlembagaan dah cover. Apatah lagi menubuhkan persatuan parti tupperware dan persatuan poco-poco ad-lib. Setel.

Tapi masalahnya gomen tak bagi. Gua tak tau samada gomen nak protect their interest ke ataupun tulus nak jaga ketenteraman. Bila gomen tak bagi polis bertindak sembur air. Lepas tu naik pulak cerita keganasan polis. Polis teruk. Polis bertindak ikut suka hati. Lepas tu motor hilang terhegeh-hegeh repot polis. Queue 10 season lagi Gerak Khas bagi up balik imej polis.

Lama dah gua plan nak turun Kolumpo 9hb ni. Ada kroni datang dari sarawak. Sekali polis kabo jangan masuk town. Ada 'perhimpunan haram'. Faking hell. Macamana nak buat ni. Lalu gua mencadangkan diaorang agar menginap semalaman dulu kat kolumpo, ahad tu gua datang ambik. Duit biaya hotel tu nanti gua try claim dengan penganjur perhimpunan.

Lalu gua pun siasat la gua nak claim dengan sapa duit hotel ni. Ingat boleh mark-up sikit ke hapa. Sekali tengok gua terkedu.
Are you fucking kidding me? Beratus-ratus ribu orang melayu berhimpun, dia ni incas? Ok la kot. Tahun ni pun dah banyak berlaku kucar-kacir rasisme kat Malaysia ni.

Gua pernah menyarakan pandangan gua terhadap 'perhimpunan haram' ni. Gua kabo apa kata kalau memorandum yang kita nak serah kepada King tu, kita hantar pakai poslaju je. Kan senang. Jalan tak jem. Tak payah sakit-sakit nak kena sembur dengan air. Namun pandangan gua dibantah dengan teruk sekali. Tak makan.

Dalam negara demokrasi ni perhimpunan untuk menyatakan sebarang statement is the right way to go. Betul. Orang kabo, strength in numbers. Beginilah caranya jika saluran-saluran lain (contoh: Poslaju) tak berkesan. Namun kamu bertanggungjawap bagi setiap individu yang menderita nak terberak dalam kereta sebab jalan jem. Kamu bertanggungjawap untuk setiap sen kerugian peniaga-peniaga yang terpaksa tutup kedai. Atas nama revolusi, dan sistem pengundian yang bersih di Malaysia ini tidak mengapa. Susah payah yang dialami warga kota, is out of the question. Ini soal revolusi! Demokrasi!

Jadi di mana gua dalam isu 'perhimpunan haram' ini? Selain daripada terpaksa membatalkan rancangan gua nak pekena burger yahudi sabtu tu, I give not a single fuck. Tidak relevan dengan saya sebab nama saya memang tak naik kat SPR.

I ain't even mad.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa