Memori Ramadan 2011



pasar ramadan 

Sedari 1985 dah gua memang ada memasang hajat nak berniaga bulan ramadan. Macam biasalah usahawan muda melayu senang nak delay buat kerja.
Berniaga pasar ramadan memerlukan kita menghadiri kursus pengurusan makanan di mana diaorang ajar cara untuk mengelakkan cross contamination, jangan potong ayam mencangkung dan jangan korek hidung time masak. Paling horror gua juga terpaka diberi suntikan anti penyakit berjangkit. Berkaca mata masa jarum masuk dalam lengan.
Hari pertama meniaga gua berdua dengan bini je. Gerai takde atap. Besoknya barulah rakaniaga gua, Leman Al-Cairo beli kanopi. Antara menu kami adalah air soya, bubur lambuk dan paling rare, strawberi celup cokelat. Ada juga hasil agrotani dari Mael, air bandung cincau dan gulai lemak daging salai dari Leman Al-Cairo.

pasar ramadan 

Selama sebulan gua pecut balik kerja no-rest, terus angkat balang air, angkat bubur lambuk, pecut pegi pasar ramadan. merasa juga jerih perih peniaga pasar. Time orang ramai sengih bukan main. Bukak je bekas duit, duit berkepok. Time hujan muka buruk.
Bila hujan bawah meja gerai kitaorang akan terjadinya fenomena parit kilat. Silap-silap boleh dihanyutkan arus. Angin kencang juga boleh menerbangkan kanopi dan menyebabkan kecederaan kepada peniaga-peniaga lain.
Dari aspek makwe pula, memang boleh cari makan. Silap gua meniaga tak pakai spek mata itam je. Kalau tak kuda-kuda kukuh bercekak pinggang, yang melilau belakang spek apa yang dipandang.

Pasar ramadan 

Masa hari last berniaga sebak juga nak bukak kanopi. Mende dah sebulan berkampung di situ. Berhujan, berpanas. Kalau boleh nak meniaga pasar ramadan sepanjang tahun. Barangkali juga kami akan berpindah ke New Delhi. Dengar cerita kat sana skang ni tengah bulan puasa.
Berniaga pasar ramadan memberi gua satu pengalaman yang paling berharga. Bagi gua, hasil keuntungan bukanlah peraihan utama kegiatan ini. Sementelah pengalamanlah yang menjadi katalis kepuasan dan keberhasilan usaha dan penat lelah.
Waima berniaga pasar ramadan itu jugalah yang membiayai ekzos kecoh kat keta gua skang ni.

satria 

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu