Posts

Showing posts from 2012

Etiket Mesin ATM

-Berbaris dengan teratur dan tertib
-Jangan time tu nak cucuk duit, time tu jugak nak guna telefon/sms. Fokus tujuan anda.
-Stenbai kad ATM siap-siap. Jangan dah sampai giliran baru terhegeh-hegeh cari kad
-Jangan terhiling-hiling tekan butang
-Jangan merokok
-Set dalam kepala transaksi yang hendak dilakukan
-Tulis no akaun/bil atas kertas. Jangan salin dalam telefon, lambat.
-Kalau ragu-ragu akaun Simpanan/Semasa, minta bantuan brader kat belakang. Jangan termenung.
-Selesai transaksi, segera beredar. Jangan renung slip transaksi kamu yang menyedihkan tu depan ATM. Orang lain nak guna pulak.
-Mesin cash deposit: Susun molek-molek duit jangan ada yang terlipat,koyak, kotor dan kusam.
-Kalau duit kena rijek, redha dan berlalu pergi. Masuk balik barisan belakang. Jangan paksa mesin tu. Nanti rosak semua orang susah.
-Dibolehkan tinggal slip transaksi berjuntai kat mesin ATM jika baki akaun anda RM1 juta ke atas

Salam Gaji Gomen.

Pengalaman Saya Menyertai Asas Kursus Luncur Ombak Tahap 1 Peringkat Negeri pahang

Image
"Yang ni awak punya!" kata instructor gua.
Sepantas kilat gua masuk ke posisi meniarap. Jantung gua dub-dap dup-dab. 3 cubaan terawal semuanya wipeout. Tak untung.
Kalau gagal yang ni, takde can lah gayanya.

2 Minggu yang lalu
Ada kenalan fesbuk gua kabo ada kursus 'luncur ombak' kat Kuantan. Pejabat Belia Lepih cari 3 orang peserta. Setelah berfikir selama beberapa minit, "Why the fuck not?!" bisik hati gua. Gua panggil Ustaz 'Horny' Leman dan Ahmad Khairu untuk join gua. Gua dan Ustaz Leman gerak dari Lepih, manakala Ahmad Khairu gerak dari Kelantan.

Hari sebelumnya
Instructor gua nak test keupayaan berenang dulu sebelum benarkan kitaorang turun ke laut. Dia suruh berenang dalam swimming pool dari hujung sini ke hujung sebelah sana. Dengan penuh keyakinan memulakan renangan. Sampai sekerat kolam gua dah tercungap-cungap. "I'm too old for this shit" getus hati gua time tu.

Sessi seterusnya kami diajar cara nak paddle atas surfboard. B…

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Image
Bila dikenang kembali rupanya untuk kad raya gua tahun ini adalah kali pertama gua shoot gambar anak gua, Amanda Kumprinx. Geram betul, tak serius langsung ambik gambar.

Selamat Hari Raya, people. Drive safe. Have fun!

Memori Yang Usang

Image
Mind you, zine ni dah berusia hampir 15 tahun. Pandangan dan pendapat di dalamnya tidak semestinya mencerminkan keadaan masakini. Zaman tulis ni form 3-4. Skang ni dah nikah anak satu.

Deme boleh dapatkan dari booth Neon Terbit di Zine Fest & Distro Day Out Malaysia besok.

Gua jumpa 5 pasang je dalam gobok. The last remaining copies. Master copy pun dah hancur dimamah anai-anai.

One off. Never again.

Test

Image

Resmi Keladi

Hari tu bertimbun juga kerja gua kena siapkan. Mata mengantuk penangan Ghost Recon malam sebelumnya. Untuk meningkatkan tumpuan gua pasang lagu-lagu di dalam telepon bimbit melalui speaker. Habih semua lagu gua shuffle. Kepala terhangguk-hangguk sambil jejari mulus gua menari-nari di papan kekunci.

Sesekala ada pengunjung 'regular' perpustakaan berteguran dengan gua. Gua angguk-angguk saja sambil tersenyum. Sehinggalah ada seorang budak ni menjengah di pintu. Lalu bertanya, "Lagu apa ni bang?".

Sambil melepaskan dengusan yang buram gua jawap,
"Kamu pernah dengar band nama Fury..?"

Bertarung Dengan Ular Raksasa

Image
Sebenarnya hari ni gua cuti. Balik dari Sarawak tempohari tu asik demam dan batuk saja. Khuatir juga kot-kot ada penyakit berbahaya bawak dari sana. Last-last pegi spital pun dapat ubat batuk 'hitam punya' je. Boleh la buat stok high di waktu senggang.

Jadi memandangkan gua dapat MC dari dokter, tatkala petang gua pun keluar la nak ambik bini balik dari kerja.

Cuaca itu jam memang solid. Petang yang indah dengan biasan jingga menyimbah segenap alam. Namun tatkala kakiku menyarungkan kasut seperti ada perasaan berdeba-debar di dada. Ada sesuatu yang tak kena.

Langkah gua hanya sempat pegi 5-6 step gitu je. Lepas tu terhenti. Tengah-tengah koridor laluan depan umah gua ada seekor ular raksasa melintang menghalang laluan. Gua terkesiap.

"Ssssss...." kata ular sambil memandang gua. Ia mula melingkar dalam stance untuk menyerang pada bila-bila masa.
"Ni kalau tak Black Mamba mesti Ular Tedung Senduk.." getus hati gua. Macamana ular sebesar ini boleh naik sampai…

Pemansuhan PTPTN

Menurut hemat saya, pemansuhan PTPTN boleh dilaksanakan jika kriteria berikut dipenuhi:
-Pemansuhan hutang lapuk pelajar
-Subsidi penuh yuran pembelajaran IPTA/IPTS oleh kerajaan memerintah
-Pemberian Bantuan Laptop Alienware 1Malaysia
-Pemberian Bantuan talian broadband 200GB/sebulan dan telepon bimbit dengan pelan panggilan percuma sepanjang tempoh belajar
-Voucher buku dinaikkan ke RM500 dan diberi setiap semester kepada semua pelajar
-Pengecualian tambang pengangkutan awam kepada semua pelajar IPTA/IPTS (dibiaya oleh gomen)

Dan akhir sekali~~
-Bantuan penuh penyelenggaraan kereta, petrol, makan minum dan penginapan buat pelajar IPTA dengan mode pembelajaran e-PJJ untuk drive 7 jam pegi balik ke kelas hujung minggu 2 bulan sekali. (Lebih baik disertai dengan bantuan pemberian Proton Prebey secara percuma)

Takkan bengkrap nye lah.

Fotografi 3 Dimensi

Image
Semalam cuti. Biasanya orang tak berkira sangat cuti berkenaan apa, janji cuti. Namun bagi gua, cuti tak cuti tetap bangun pagi. Wajah berseri kerana ada projek fotografi. Tiba di lokasi 2 makwe dah menanti. Tanpa berlengah lagi kami terus ke destinasi.






Anaglyph 3D ni sukar untuk difahami bagaimana ia berfungsi. Namun apa yang pasti, setiap gambar ada depth tersendiri. Yang pasti, kamu mesti ada spek mata Red/Cyan untuk gambar ini menjadi.

This is by far the most fun photographic project.

Album 3D saya di fesbuk.

Mengambil Gambar Makwe

Image
Outing bersama rakan-rakan fesbuk.
Gua rasa dah tiba masanya gua masuk genre combat photography. Gua dengar cerita, scene ni senang dapat Pulitzer.

Kesedapan Dunia Hadir Dalam Pelbagai Bentuk

Image
Orang kabo kalau tak hisap rokok hilang satu nikmat dunia.

8 Tahun Bersamamu

Image
Adalah dengan ini diumumkan bahawa mulai hari ini, blog saya akan beroperasi melalui URL www.kumprinx.net.

URL lama www.kumprinx.com akan digunakan untuk tujuan yang lain. Pada asalnya gua bertukar dari blogger sebab Blogger ketika itu masih di peringkat infancy. Skang ni blogger dah advance, maka moleklah gua kembali menggunakan blogger. Siap support untuk mobile lagi. Hihi..

For new users, browse around. Gua ada arkib that goes way back to 2004. Some of the newer content, masih ada kat www.kumprinx.com. Dan akan dipindahkan secara beransur-ansur ke sini.

Dengan ini juga walaupun power gua dah merosot, namun gua masih mahu menulis. Just like the old days.

I'm back.
And I'm here to stay.

Kenapa Kita Hareh Kerja

Gua tau ada sesetengah dari kita yang sengaja tak bekerja sebab nak protes market kerjaya yang memang sengit dewasa ini. Malah ada juga yang tak bekerja sebab terperangkap terlalu lama dalam zon selesa.
Nasihat gua, janganlah sampai tidak mempunyai pekerjaan langsung. Gua bukanlah menyeru belia-belia semua untuk menjadi insan yang berwawasan dan menyumbang kepada pembangunan negara. To hell la pasal nak mengumpul harta kekayaan ke, nak kelihatan steady di mata masyarakat ke. Itu kerja hipster. Tapi dewasa ini gua banyak sangat baca headline paper seperti yang berikut dan ini sangat membimbangkan:

-Penganggur Ditangkap Langgan GRO
-Paip Jamban Meletup, Penganggur Cedera
-Penganggur Dituduh Ugut Remaja 15 Tahun Di Laman FB
-Ugut Bapa, Penganggur Dipenjara 3 Tahun

Walau apapun, gua masih ingat bahawa pengangguran adalah satu episod manis dalam hidup gua. Kalau malas kerja tak payah kerja. Kerja ni kerja orang tua-tua je.

Bagi yang muda-muda ni, jangan lupa;
Dont forget the struggle.