Bertarung Dengan Ular Raksasa


Sebenarnya hari ni gua cuti. Balik dari Sarawak tempohari tu asik demam dan batuk saja. Khuatir juga kot-kot ada penyakit berbahaya bawak dari sana. Last-last pegi spital pun dapat ubat batuk 'hitam punya' je. Boleh la buat stok high di waktu senggang.

Jadi memandangkan gua dapat MC dari dokter, tatkala petang gua pun keluar la nak ambik bini balik dari kerja.

Cuaca itu jam memang solid. Petang yang indah dengan biasan jingga menyimbah segenap alam. Namun tatkala kakiku menyarungkan kasut seperti ada perasaan berdeba-debar di dada. Ada sesuatu yang tak kena.

Langkah gua hanya sempat pegi 5-6 step gitu je. Lepas tu terhenti. Tengah-tengah koridor laluan depan umah gua ada seekor ular raksasa melintang menghalang laluan. Gua terkesiap.

"Ssssss...." kata ular sambil memandang gua. Ia mula melingkar dalam stance untuk menyerang pada bila-bila masa.
"Ni kalau tak Black Mamba mesti Ular Tedung Senduk.." getus hati gua. Macamana ular sebesar ini boleh naik sampai tingkat dua? Dia nak pegi mana? Sapa yang bawak naik ular ni?! Pelbagai persoalan bermain di fikiran.

Sekonyong-konyong memori silam pertarungan demi pertarungan gua dengan haiwan berbisa menerjah ingatan. Bukan sekali dua gua ada encounter sebegini. Dah banyak kali berlaku.

Jadi gua rilek je. Gua dah tau apa yang gua perlu buat.

Gua telepon mak gua.
Mak gua telepon bomba dan Jabatan Pertahanan Awam.
Gua hanya berkawal di hadapan ular tersebut. Manalah tau dia lari masuk rumah orang ke. Havoc juga jadinya nanti. Untuk itu gua stenbai untuk menerkam ke arah ular tersebut (dengan tangan kosong) sekiranya ia cuba melarikan diri.

Gua ketuk rumah pakcik bomba sebelah rumah gua. Tiada jawapan.

Sekali anak pakcik bomba datang dari arah depan di antara gua dan ular raksasa tersebut.
Gua jerit "Halt! Ada ular!"
"Mana-mana?" kata anak pakcik bomba.
"Ooo.. jenis ni memang bahaya!" kata anak pakcik bomba. "Dia boleh sembur bisa dari jarak jauhhh..." tambah beliau lagi sambil melarikan diri.

Ular masih bergoyang-goyang di hadapan gua. Sesekali lidahnya terjelir. Ia masih dalam stance menyerang. Agitated orang kabo. Bantuan masih belum tiba. Gua dah lewat untuk menjemput bini gua balik kerja. Tak boleh tunggu lagi.

Gua capai batang penyapu berhampiran. Gua bukak bunga Kalari Payat yang masih tersisa di ingatan. Mana yang ingat, gua execute. Ular menerkam ke arah gua. Kepalanya melompat tepat ke arah dada gua. Batang penyapu gua lintangkan. Krrakk! Rahang ular melekat di batang penyapu. Gua tangkap kepala ular. Badannya membelit lengan gua dengan kejab. Lengan gua putar-putarkan supaya ikatannya lemah. Akhirnya ikatan terlerai. Kepala ular masih dalam genggaman. Gua membuat gerakan helikopter sambil memegang kepala ular tersebut. "Ssssss!!!" jerit ular.
"Arrgghhhh!!!" jerit gua sambil memasukkan kepala ular ke dalam mulut gua. Prraappp!! Habis tengkorak ular gua baham.

Ular terkulai layu di tasik madu. Gua terus memecut ambik bini balik kerja dengan darah berjurai-jurai di mulut dan janggut.

Begitulah pengalaman gua bertarung dengan ular pada hari ini. Walaupun letih tapi saya gembira.

Untuk rekod, berikut adalah gambar ular tersebut yang diambil dari udara oleh helikopter bomba siang tadi.


Pengalaman Ngeri Saya Diserang Ular Tedung Senduk

Comments

StingRay said…
La,awat ceq tak guna ular dalam seluar masa lawan.Boleh kasi fight tengok.

Haha.
sankai said…
besar gile ular..perghh..
anienida said…
bikin panas. kah kah kah

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa