Posts

Showing posts from December, 2012

Etiket Mesin ATM

-Berbaris dengan teratur dan tertib
-Jangan time tu nak cucuk duit, time tu jugak nak guna telefon/sms. Fokus tujuan anda.
-Stenbai kad ATM siap-siap. Jangan dah sampai giliran baru terhegeh-hegeh cari kad
-Jangan terhiling-hiling tekan butang
-Jangan merokok
-Set dalam kepala transaksi yang hendak dilakukan
-Tulis no akaun/bil atas kertas. Jangan salin dalam telefon, lambat.
-Kalau ragu-ragu akaun Simpanan/Semasa, minta bantuan brader kat belakang. Jangan termenung.
-Selesai transaksi, segera beredar. Jangan renung slip transaksi kamu yang menyedihkan tu depan ATM. Orang lain nak guna pulak.
-Mesin cash deposit: Susun molek-molek duit jangan ada yang terlipat,koyak, kotor dan kusam.
-Kalau duit kena rijek, redha dan berlalu pergi. Masuk balik barisan belakang. Jangan paksa mesin tu. Nanti rosak semua orang susah.
-Dibolehkan tinggal slip transaksi berjuntai kat mesin ATM jika baki akaun anda RM1 juta ke atas

Salam Gaji Gomen.