Selamat Mengundi

Gua rasa demokrasi ni bukan untuk kita. Melayu taat pada Raja/Sultan. Bukan pada memanda menteri atau parti. Sebab tu apa yang kita capai sekarang ni hanyalah memunah duit pasang bendera sana sini, maki hamun, fitnah merata-rata, pornografi dihidangkan terang-terangan.

Waima di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing boleh jadi roasted lamb. Gua mengundi kali pertama penggal ini dalam suasana pilihanraya yang gua rasa paling faking sekali dalam sejarah.

We are on a verge of something. We need a clean slate. Malaysia is more than ready to start anew. Sapa yang menang tak penting. Tapi kita ambil tarikh ini sebagai titik tolak.

Transition of power may not be smooth, but we're getting there. Untuk mencapai perubahan bukan sekadar pangkah kertas undi. Kalau deme rasa pangkah kertas undi besok boleh mengubah masa depan deme, I got bad news for you.

Manusia itu sendiri harus berubah. kalau harga kereta turun jangan pulak beli kereta lagi beso. Harga minyak turun jangan pulak jual minyak ke sempadan. Harga rumah turun jangan bolot rumah 2-3 bijik. Orang lain ada yang lagi sesak menyewa sampai pencen. Orang yang tak makan rasuah deme jangan cakap dia bodo. Cikgu-cikgu kena ikhlas buat kerja. Kakitangan gomen kena ada intergriti. Kerja kaunter kena ada rasa tanggungjawap. Pandu kereta kena ikut undang-undang. Kena hapuskan mentaliti "tak apa" dalam diri kita. Anggaplah anak-anak kita satu investment yang lagi berharga dari emas, wang ringgit dan MLM. Meniaga kena telus. Lauk semalam jangan recycle hari ni. Kedai sebelah pinjam nasik 2-3 pinggan jangan masam muka. Kedai kena cantik, terang. Jangan suram. Invest meniaga apa pun boleh berjaya kalau kita buat betul-betul. Jangan drop intergriti at the first sign of monetary gain. Kalau mohon tanah gomen, jangan jual. Dah ada sekeping, beri peluang kepada orang lain juga. Kikis sifat tamak dalam diri kita. Harta kekayaan ni tak bawak ke mana. Jangan klepet member. Jangan makan rasuah. Jangan sebat duit peruntukkan. Jangan sebat subsidi baja. Paling penting ikhlas. Ikhlas lah. Ikhlas lah manusia.

Kerana kalau deme sendiri tak berubah, hapa pun tak jadi kebende.

Anyway, dari mulut PM sendiri, "Gears of democracy is in motion". Undilah sapa deme rasa molek. Jangan malas turun mengundi. Rakyat kita luar negara undi pakai pos. Rakyat kita bersesak-sesak di jalanraya nak balik mengundi. Gua dengar ada rakyat asing bersenang lenang ke pusat undi. Jadi kalau setiap satu dari kita ni ada yang tak turun  mengundi besok, you're a fucking asshole.

Mengundilah Malaysia!


Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa