Posts

Showing posts from January, 2015

Coming Soon: The Grudge Of Mount Tahan

Image
Sakit tak real. Sakit hanya isyarat yang dihantar ke otak, gua menyedapkan hati. Jantung gua entah hapa cerita. Gua boleh dengar kat telinga sendiri degupan jantung yang bekerja bagai nak gila. Hari ini bukan hari yang baik. Sarapan pagi tadi di Kem Kubang gua tak berapa selera nak makan. Cokelat Sneakers pun dah tak rasa apa-apa. Pelaburan terbaik gua setakat ini adalah pengunaan sarung tangan menebas gua beli kat kedai RM2. Dapat 2 pasang. Terhuyung-hayang dalam trail bukan sedar terpegang rotan berduri. Sebelum bertolak tadi guide dah warning, jangan terpegang ular kapak. Perjalanan di bawah kanopi rimba seolah-olah tak berkesudahan. Gua tercungap-cungap cuba menstabilkan pernafasan. Akhirnya kumpulan kami tiba di di satu kawasan yang lapang. Pokok-pokok sudah ditebang memberi laluan kepada matahari. Guide meletakkan beg  dan menyuruh kami berehat. Kami telah tiba di Kem Belumut. Gua ada dengar pasal tempat ni, diaorang tebas untuk helicopter emergency evacuation kerana ada seorang…