
Sakit tak real. Sakit hanya isyarat yang dihantar ke otak, gua menyedapkan hati. Jantung gua entah hapa cerita. Gua boleh dengar kat telinga sendiri degupan jantung yang bekerja bagai nak gila. Hari ini bukan hari yang baik. Sarapan pagi tadi di Kem Kubang gua tak berapa selera nak makan. Cokelat Sneakers pun dah tak rasa apa-apa. Pelaburan terbaik gua setakat ini adalah pengunaan sarung tangan menebas gua beli kat kedai RM2. Dapat 2 pasang. Terhuyung-hayang dalam trail bukan sedar terpegang rotan berduri. Sebelum bertolak tadi guide dah warning, jangan terpegang ular kapak. Perjalanan di bawah kanopi rimba seolah-olah tak berkesudahan. Gua tercungap-cungap cuba menstabilkan pernafasan. Akhirnya kumpulan kami tiba di di satu kawasan yang lapang. Pokok-pokok sudah ditebang memberi laluan kepada matahari. Guide meletakkan beg dan menyuruh kami berehat. Kami telah tiba di Kem Belumut. Gua ada dengar pasal tempat ni, diaorang tebas untuk helicopter emergency evacuation kerana ada seorang pendaki meninggal dunia (Al-Fatihah) beberapa bulan yang lalu akibat sesak nafas. Kawasan ini memberi satu peringatan yang menyeramkan risiko dan bahana kerja mendaki gunung ini. The threat is real.
Dan dari situ kami dapat melihat kali pertama destinasi yang dituju. Diselabungi awan, berdiri angkuh. Elegan dan misterius.
"We meet again", bisik hati gua.
Puncak Gunung Tahan. Second time around, still my greatest adversaries to date.
The Grudge Of Mount Tahan, coming soon.
Comments
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)