Posts

Showing posts from March, 2006

Kedai Makan Maggot Fcukinghell

Sebelum korang berfikir tentang nak pekena makan nasik kat Centerpoint ni, sila baca cerita aku ni. Kat sini ada 2 kedai makan nasik campur (lauk-pauk) yang glamer dan menjadi kegemaran semua orang yang datang makan nasik kat sini. Pertama sekali adalah Angah Corner. Makanan kat Angah Corner ni takde masalah sangat cuma ajinomoto je banyak. Kalau nak merasa rambut gugur sila la makan nasik kat sini hari hari. Hari tu aku beli ikan kat dia, RM2.50 sekor. Sebab ikan tu kecik, aku tanya la dia boleh kurang tak harga. Katanya " Hishh.. ini ikan segar mesti la mahal. Barang pun dah naik harga. Kalau nak murah silap tempat la engkau.." Lalu aku mebidas, "Apasal tak cakap Ajinomoto naik harga?!" (dalam hati). Bila aku bawak balik, aku dapati seperti biasa ikan yang aku beli tu adalah ikan recycle. Iaitu ikan yang dua hari lepas jadi ikan goreng biasa dan skang dah jadi ikan masak merah. "Segar kepala hotak dia..", getus hatiku.
Trend recycle ikan/ayam ni begitu p…

Hapdet Terkini!

Kari Ikan Auntie Jaga Tandas
Aku selalu buat-buat tak sedar bila keluar dari tandas centerpoint ni. Demi untuk mengelakkan dari kena bayar 3posen. 3posen bukan banyak, tapi kalau dah 4 kali masuk tandas boleh cecah RM1.20. Harga segelas neskepe'o ais. Pepehal auntie yang berusia dalam lingkungan 50-an tu mesti sound "Dey, tak mau bayar ka?!" kuat-kuat sampai drop my water face di khalayak ramai. Dia memang cukup pantang kalau aku tak bayar tandas dia.
Hari tu aku datang dia tengah makan nasik dalalam bekas besi.
"Haiya.. auntie, baru makan ka?"
"Ya la.."
"Makan apa?"
"Woo.. ini kari ikan.."
"Bestnye.."
Dia makan nasik ngan kari ikan. Nasik dia oren pekat kena kuah kari tu. Bau rempah ratus kuat menusuk hidung aku. Nak-nak time auntie tu gigit tomato yang merah pekat sampai merecik jus tomato tu. Pehh.. kelihatannya sangat sedap.
"Auntie, nak sikit.."

Hilang Motor
Malam semalam ada satu kes kehilangan motor dilaporkan oleh …

Special Report BOTB part III - The Rise Of Fury

Image
episod paling poyo..

5 tahun nan lalu..
Itu jam aku baru sahaja menemui nikmat jamming ni. Air dalam kepala tengah banyak, ghairah. Seminggu sampai 3-4 kali jamming. Lokasi pujaan ketika itu adalah jamming pakcik Rahim nun terperosok di pinggir hutan.

Tak tak dish...
Bunyi cymbal masih kedengaran.
"Abih masa!", ujar Pakcik Rahim. Kamipun mempacking bebarang. Keringat di dahi ku lap dengan lengan baju. Kami bersedia untuk blah.
"Demeh ni.. cuba la main lagu melayu sikit. Ni mende lagu demeh main. Kung-kang kung-kang. Dah pandai main, main la lagu elok-elok sikit, ini tak, asik skinhead je manjang.."
"Tapi pakcik, ini Rage Against The Machine!? Bukan skinhead.."
"Ahh.. kalau dah bunyi macam nak roboh tu skinhead la namanya.."

Masa to rock malaysia dah pupus. Itu jam Tomok, Boboi dan Seneroi tengah naik gila-gila punya. New Boys turun Lipis awek tak hengat punya ramai. Alternative (Nirvana, Silverchair, Blur) dah semakin dilupakan. Kaki jamming ada 2-3 kera…

Special Report BOTB - Part II

Mengikut perancangan asal kitaorang nak bawak lagu Dewa-Laskar Cinta. Lalu selama 2 minggu sebelum pertandingan aku ngan Mael pun tunggang langgang, isap rokok, minum neskepe'o, keringat sebesar biji jagung training lagu tu untuk bagi solid.
Seperti yang korang dah sedia maklum, 2 lagi ahli pasukan kitaorang takde kat kuala Lipis ni, so selama ni kitaorang hanya training berdua je. Tu pun hari jumaat sebelum BOTB baru diaorang balik. Secara rasminya kitaorang hanya sempat berlatih selama lebih kurang 2 jam je. Biasa aku dengar orang bagi alasan macam ni kalau main tak solid, tapi lain halnya ngan kitaorang.
Setibanya bebudak ni petang jumaat tu lantas terus kitaorang training kat Oxygen Studio Training Facilities. First time try lagu Laskar Cinta, aku terkasima. Tukang nyanyi kitaorang tak lepas nyanyi lagu tu. Ada alasan dia bagi kat aku tapi aku tak berapa ingat dah. "Dia memula C pastu tetiba line seterusnya jadi G", itu je yang aku ingat. Entah hape yang dia maksudkan …

Special Report : BOTB Part 1

Sabtu 18b Mac 2006
Seingat aku pagi tu aku bangun dalam pukul 8.00 pagi gitu. Lepas pekena air kopi secawan lantas aku terus pegi mandi. Siap-siap pakai baju semua aku turun ke kedai untuk tunggu bebudak ni sampai. Itu jam aku yakin sangat mesti lambat bebudak ni. Jadi aku rilek dulu kat kedai dengar-dengar lagu dan nengok-nengok gambar. Selepas beberapa minit, sekonyong-konyong Mael sampai. Hari ini Mail akan bermain di posisi gitaris seperti biasa.
"Hei Mael, mana bebudak yang lain?"
"Biasa la.."
Kerana hawatir kitaorang akan selenge menunggu tanpa berbuat apa-apa, aku ngan Mael mengambil keputusan untuk mempekena neskepe 'o ais dulu kat kedai aji. Minum-minum, bincang-bincang. sekonyong-konyong Islah dan Mie sampai. Islah akan mengisi posisi tukang nyanyi dan Mie akan bermain bass.
Setelah semua personil Fury hadir berkumpul, kitaorang tak gerak terus sebaliknya mempekena minum air dulu. Kami jugak mengambil giliran pekena buang air besar sebab ada lagi yang tak …

Hapdet Terkini Suku Ke-3 Bulan Mac 2006

Eksiden
2 hari nan lalu masa aku nak pegi Tempoyang naik motor tetiba aku nampak ada traffic jam kat depan kubur Kristian Kuala Lipis. Langsung tak munasabah dan masuk akal kat Kuala Lipis ni ada traffic jam. Memula aku saspek ada sekatan jalanraya. Rupanya ada eksiden. Itu jam van ambulan baru blah angkat mangsa. Masa aku lalu kat tempat eksiden tu aku nampak sebuah keta yang kemek bumper depan, kaca-kaca bertaburan di atas aspal jalan dan paling sadis sebuah motorsikal (yamaha Y80 rasanya) berbentuk lapan (8). Totaled. Jiwa aku tak dapat bayangkan macamana la keadaan penunggang motorsikal tu. Saya harap dia selamat.

Kebakaran
2 hari nan lalu jugak ketika balik daripada Kedai Rapi di Bt.2 sana aku berhajat nak pergi ke bandar jalan-jalan. Secara misterius, jalan masuk ke bandar ditutup dengan kon-kon. Saya berasa sangat misterius. Setelah mengusyar lebih kurang, saya dapat tahu ada kebakaran kat bandar sana. Kedai yang terlibat adalah sebuah pejabat guaman, kedai emas kat bawah dia dan …

BOTB: The game is On

Image
Aku baharu sahaja balik daripada studio Eddie (penganjur Battle Of The Bands Kuala Lipis), aku nengok kat noticeboard dia ada senarai band-band yang masuk bertanding sabtu ni. Semuanya ada 23 band! Gilebabi banyak. Tak sangka saya.
Gua ingat ada la dalam 10 ke 15 band ke, tapi dalam kes ini, ada 23 semuanya. Maksudnya sabtu nanti ada 22 lagi drummer handalan aku nak kena lawan. Takde can rasanya.

Minggu akhir pertandingan kugiran memang seronok. Malam-malam banyak band jamming. Tepi-tepi jalan ada bebudak main gitar kapok. Band-sama band saling bertanya "Korang masuk tak ni?". Dan ada sesetengah kes bila aku tanya cakap tak masuk, sedar-sedar ada nama kat senarai band. Konon nak buat suprise.

Time ni jugak ada sesetengah individu menye-spy aktiviti jamming kitaorang demi untuk menyiasat lagu apa yang kitaorang akan bawak nanti. Tak penah-penah datang studio tetiba datang. Namun aku jugak cenderung melawat studio Eddie untuk menengok band-band prektis. Hehe sama jugak. Aku pun m…

Seleksi Pengalaman Ngeri

Akhir-akhir ni banyak pengalaman ngeri yang aku lalui. Ada sesetengah kes dilaporkan kat sini, namun ada jugak kes yang belum direkodkan. Senang cerita ini adalah compilation pengalaman ngeri aku untuk tatapan korang semua.

Kes 1
Pengalaman Ngeri Saya Nyaris Putus Dua
Itu jam aku tengah menapak kat Medan Stesen sana. Pastu ada member aku panggil dari dalam keta. Aku pun pegi la bertebeng kat pintu keta dia. Sembang-sembang lebih kurang. Tetiba member aku cakap "Eh amin ada keta nak reverse tu. Jap aku alih jap." Itu jam aku pandang belakang tengok ada keta Wira ni gostan laju gile menuju ke arah aku. Radio dalam keta lagu Katak menyanyi pasang sekuat hati. Aku sempat dive ke tepi sebelum buntut keta tu hantam sama keta member aku ni. Kalau aku tak dive ari tu, sudah tentu aku akan terputus dua.

Kes 2
Pengalaman Ngeri Saya Kena Gigit Pacat
Pacat adalah haiwan keji yang suka menghirup darah manusia. Aku pantang betul ngan pacat ni. Biarlah zirafah ke, beruang panda ke, ikan paus spe…

Kumprinx Visits The Newly Opened Mini Zoo

Pada hari sabtu yang boring semalam, aku dan Mael berhajat untuk melawat Mini Zoo Kuala Lipis yang baru dibuka minggu lepas. Minggu lepas aku terlepas majlis perasmian zoo ni sebeb.. err.. bangun lewat. Namun demikian aku tak ralat sangat sebab rasanya takde acara makan-makan free.

Mini Zoo ni dibina di tengah-tengah hutan terletak di Bukit Bius. Beberapa tahun nan lalu zoo ni ditutup sebabnya aku tak tau mengapa. Mungkin bajet nasik goreng ayam untuk bagi makan beruang tu terpaksa dipotong. Zaman dulu jugak Mini Zoo Kuala Lipis ni menjadi port lepak yang paling best sekali sebab:
-Kanopi rimba memberikan udara yang nyaman dan sejuk bila time panas.
-Banyak haiwan eksotik
-Yuran masuk murah
-Ada kedai jual Super Ring, Chicken Ring dan Tam-Tam.
-Kalau korang beruntung hari tu, lawatan korang akan clash dengan rombongan Persatuan Ratu Cantik Kechau Tui.

Penutupan Mini Zoo ari tu adalah sesuatu yang sangat mengecewakan sebab zoo ni berpotensi besar sebagai satu tarikan pelancongan. Jesteru pabi…

Letih mengadap kompiter, aku nak bercuti

Kawan-kawan/pembaca blog/pelawat/kaki porno dan adik-adik semua,

Aku ingat semenjak aku comeback ke Kuala Lipis hari tu, yakni lebih kurang 3 bulan nan lalu aku menghadap komputer selama tak kurang daripada 3 jam sehari. Dan ada sesetengah kes, sampai 12 jam sehari. Dan ada jugak kes yang jarang berlaku di mana menghadap komputer sepanjang hari.Kalau korang nengok post Diari Kutu Lepak Handalan korang akan dapat idea tentang penggunaan kompiter aku dalam sehari. Selama 3 bulan ni macam-macam mende aku buat dengan kompiter ni.

Baca blog orang lain memang seronok. Aku men-subscribe semua blog yang aku into dengan RSS. Dan baca semua sekali harung. Kadang2 aku terasa nak memberikan komentar aku dan jugak komplen apa-apa. Blog hopping jugak seronok dan boleh kenal macam-macam orang daripada matnyah, kaki porno, keje gomen sampai la ke bebudak yang gemar nengok anime lucah. Dan jugak ini satu cara untuk kenal-kenalan dengan blogger yang lain (Hi my name is Kumprinx).

Aku cuba hapdet blog aku …

I've done the impossible

Ni nak habaq mai pasal kasut Nike aku yang aku beli kat Bandelero beberapa bulan nan lalu. Kasutnya bertemakan Laskar Cinta sebab kaler scheme dia warna hitam dengan stripe merah.
Lepas beli aku basuh kaw-kaw punya, dengan treatment antiseptik membunuh kuman, aku jemur tengah panas. Tetiba tanpa diduga, struktur kulit (leather) dia menjadi rapuh. Maklumlah kasut bundle recon. Bila aku pakai buat pertama kali, kasut tu mula membuka mulut. 2-2 belah sekali.
Itu jam hati saya sangat hancur melihatnya. Sebab saya sayang kasut ni. Dan tak sempat lagi nak up kat member-member, dah koyak. Memula aku hantar kat kedai repair kasut kat Kuala Lipis ni. Brader tu cakap, "Kalau macam ni mana boleh repair dah bang, dah hancur. Tak boleh buat apa dah. Campak Sungai Jelai je la. Haha..". Tak guna punya brader tukang kasut.
Tak berputus asa aku pegi ke Raub. Sejam jugak naik keta bawak slow-slow. Dengarnya ada tukang kasut handalan kat sana. Kata brader tukang kasut Raub pulak, "Ni mana bo…

Susila - Kekasih Di Bumi Kenyalang

ND sent me this. Katanya dia baru beli kaset ni. Pada korang-korang yang muda-muda lagi tu mesti tak tau band apakejaddahnye ni. Memang, band zaman dulu nama diaorang memang pelik if not funny la.
Lagu ni memang menarik. Aura Sarawak dia memang ngam. Menggunakan instrument biasa dia boleh dapat feel tu. Kreatif. Macam sound yang kita dengar bila ada orang menari stail Sarawak itu, apa tah namanya..
Yang pelik, mengapa ND hantar lagu ni kat aku, out of the blue? Apa signifikannya? Tajuk lagunya juga begitu unik. Kenapa ni? Hehe.. Bagi yang dah lama follow blog ni pasti korang tersengih sendirian karena dapat memikirkan jawapannya. Korang memang champion!
Jadi pada hari Isnin yang bahagia ni, korang boleh download lagu ni untuk dengar sendiri. Aku dah upload kat ultra high-speed, unlimited bandwidth TahapSempurna server.

Susila-Kekasih Di Bumi Kenyalang
(right click-save target as..)

Lirik:
Wajahmu nan ayu menyunting di lubuk jiwaku
Mata yang bersinar sayu di hatiku
Membuatkan aku terasa merindu…

kmxnine trailer

Image
Link bukak dalam window baru
Sebentar tadi gua baharu sahaja mengupload trailer untuk kmxnine. Korang boleh klik gambar kat atas sana dan nengok. 'Domestic Poor Animation' Flash bukan bidang aku, tapi aku gemar memain ngan Flash ni nak-nak ada software macam Swish yang menjadikannya semudah 1-2-3. Kadangkala bila menengok balik trailer ni rasa macam masa aku mula-mula kenal HTML dulu. Koman dan macam budak-budak. Pepehal mende ni dah lama aku buat dan tak jadi-jadi. So aku tibai je finishing dia sampai jadi dan upload untuk tontonan korang sebab dah naik menyampah aku nengok kat desktop kompiter aku ni.

kmxnine teaser trailer
Made with
: SwishMax
Running time: Seminit lebih gitu
Hosted on : The super speed, unlimited bandwidth TahapSempurna server!
Soundtrack : Butterflies and Hurricane - Muse
Lirik:
Dont let yourself down
Dont let yourself go
Your last chance has arrived
Best. You got to be the best
You got to change the world and use this chance to be heard
Your time is now
Your time is no…