Posts

Showing posts from November, 2006

Prof.K : Ini Cepu

Image
Aku bajet korang haram tak tau pejadah nye menatang ni. Heh. Ini adalah cepu. Zaman dulu para nelayan yang turun ke sungai dan laut menggunakan cepu ni untuk.. err.. taruk nasik dalam. Untuk simpan bekal nasik. Pesawah pun guna. Bini pesawah pun guna untuk bawak nasik kepada suami diaorang. Rupa parasnya yang sebegitu aku bajet sebab senang nak kandar (sangkut kat palang kayu yang kemudiannya di sandang atas bahu) Takde pulak sebarang bukti bertulis mengatakan nasik yang dimasukkan ke dalam cepu ni dan dikandar ni lah asalnya 'nasik kandar'. Kalau tak diaorang akan panggil 'nasik cepu'.

Bila zaman semakin moden cepu ni digantikan dengn mangkuk hayun ataupun mangkuk tingkat. Bila wujudnya tapaware, cepu terus dilupakan oleh masyarakat.

Bila menyebut perkataan cepu korang mesti ingat 'cepu-emas'. Biasa dikaitkan dengan peraduan Teka Sepaktakraw dan Teka Silangkata satu ketika dulu. Cepu tempat letak nasik, nasik menjadi makanan, jesteru perkataan cepu-emas lebih po…

Peksa

Image
Good luck untuk bebudak yang peksa.
Yang penting finishing, jangan starting grid je lebat.

Thanks

Image

Perutusan Hari Keputeraan Kumprinx

Image
Meh sini aku nak cerita sikit. Tepat 23 tahun yang lalu aku lahir kat sebuah Kampung kat Kuala Lipis ni. Pastu aku membesar kat kampung tu sampai la umur aku 7 tahun. Suasana kat kampung memang nyaman. Sunyi yang teramat sangat sampai kadang-kala korang boleh dengar jantung korang sendiri berdegup.
Menjelang umur 7 tahun aku aku berpindah ke sebuah rumah flat kat kawasan Tempoyang, Kuala Lipis. Itu jam jugak aku start masuk darjah satu. Time darjah dua aku dah start menulis. Karangan aku yang pertama mendapat pujian dari semua guru-guru kat sekolah dan ada jugak yang mengelarkan aku 'Child Prodigy'. Kat sekolah rendah aku tak join langsung apa-apa aktiviti sukan. Yang aku ada hanyalah skill penulisan aku yang tetiap kali peksa musti dapat A. Menjelang UPSR aku tak tak lama lagi aku nak blah dari sekolah tu. Dan aku takde apa-apa yang aku nak bawak dari sekolah tu selain daripada skill membaca, mengira dan menulis. Lalu akhir tahun tu buat julung2 kalinya aku join sukaneka. Jest…

Chef K - Nasik Goreng Karsinogen Berempah

Image
Hidangan untuk 2 orang (atau seorang jika kelaparan mencengkam)

Bahan-Bahan:
500 gram udang galah
1 biji terung dayak (terung asam )
3-5 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 cm belacan
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit
5 potong ikan parang/tenggiri (dicuci dgn asam garam)
5 biji bawang merah
10 biji cili hidup merah
½ inci halia
½ inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 Bendir/Terong Panjang (Potong/Belah)
2 sudu masak garam
Air Asam Jawa semangkuk
5 sudu masak minyak masak
garam dan serbuk perasa
(ini kalau korang nak buat asam pedas untuk makan sekali ngan nasik goreng ni kang)

Bahan untuk nasik goreng:
Nasik (ofkos la!)
Kuali
Dapur gas
Bawang Putih (seulas)
Udang 5 ekor
Stok ayam
Minyak Bijan
Sayur-sayuran organik
Sepaket perencah nasik goreng kegemaran korang

Cara membuatnya:
Memula ramas nasik tadi sampai hancur. Jangan lenyek sampai jadi macam makanan budak. Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Kurangkan minyak jika perlu. Apabila kuali telah cukup panas (untuk…