Posts

Showing posts from February, 2007

Rockers Blues

Image
Ketika mahu membasuh baju pada suatu hari, barulah gua sedar bahawa semua baju gua warna hitam. Apa kejaddahnya begini? Gua memang takde selera nak angkat kalau baju tu ada kaler-kaler. Lagipun kaler itam ni buat gua nampak lebih slim.. dan ganas. Mana ada crook pakai baju warna pink!

Kajol

Image
Itu jam gua nengok berduyun-duyun orang kampung turun. Gua sendiri agak teruja nak nengok siapakah Kajol yang digembar-gemburkan turun buat persembahan kat Expo kat sini beberapa minggu nan lalu. Gua bajet awek ni musti cun jika tidak masakan dia bisa pakai nama Kajol? Serius siht gua cakap lu orang kampung ramai gile yang turun. Itu jam gua lepak kat tempat bandel tu tunggu Kajol naik ke pentas. Orang ramai semakin tak sabar. "Mesti best ni..", getus hatiku.

Kajol memulakan persembahan dengan lagu 'Kau kunci pintu hatiku dalam pintu hatimu apanama tah tajuknya'

Kajol adalah seorang balak transvestif berbadan sasa, memakai pakaian wanita dan menyanyi suara falsetto.


Maka termaktublah pada hari itu aku menyumpah seranah dalam 3 bahasa dan dialek yang berbeza dengan perkataan-perkataan lucah yang jarang sekali bermain di mulut gua.

Dr. K : Mari Menukar Tiub

Image
Berjumpa lagi kita di ruangan "Baikpulih Motorsikal Secara DIY Bersama Dr.K" Hari ini Dr. K akan menunjukkan step-by step cara dan teknik untuk menukar tiub motorsikal anda. Seringkali apabila kerja-kerja sebegini dilakukan, ramai di antara kita yang melakukan kesilapan yang tidak disedari hingga menjejaskan prestasi motorsikal mereka. Kali ini Dr.K akan menunjukkan cara yang betul untuk rujukkan anda di masa akan datang. Ayooh, Kita mulakan!

Menggunakan wrench bersaiz 22, kita bukak dulu bolt untuk shaf tayar tu.


Kemudian kita ketuk pakai tukul. Nampak gayanya ketat betul nak keluar mende ni ye..


Kalau dah ketat sangat, kita spray dulu dengan lubricant. Supaya dia jadi longgar. Lepas tu tarik pakai tangan je (untuk pendekar-pendekar sahaja, orang kebanyakkan, sila pakai tukul)


Beginilah rupa parasnya setelah tayar berjaya dibuka.


Apa ke-jaddahnye ni?


Selepas itu adik adik boleh memasukkan tayar yang baru ditanggalkan tadi ke dalam kereta dan sila bawa ke bengkel yang berdekatan u…