Posts

Showing posts from July, 2008

Insomnia

Image
Berikut adalah pengalaman ngeri gua mengalami insomnia.

Malam semalam gua pekena 8 biji Paracethamol. Dalam bahasa lemen, Panadol. Though it is a personal record bagi gua, I'm not proud of it. The thing is, lately gua mengalami insomnia yang teruk. Kalau gua banyak kerja, mende ni sure membantu. Tapi di malam hari, gua hanya terkelip-kelip atas katil dan sedikitpun tak mengantuk. Gua bukak komputer, menulis, layan lagu, tengok filem. Hapa pun tak jalan. Bila gua baring, masa berlalu begitu perlahan. Walaupun gua memejamkan mata, tapi gua tidak terlena. Lagu-lagu mellow pop era 90an yang gua pasang pun gagal membantu gua tido. Gua try baca buku, tapi patah kata tidak absorb dalam kepala gua. Jadi sakit kepala lagi ada. Gua berjaga sepanjang masa hari bertukar menjadi siang. Gua dengar ayam berkokok belakang rumah. Gua bertarung dengan nyamuk. Sekali sekala gua bangun hisap rokok dalam gelap.

Dan akhirnya gua baring kembali atas katil.

Bila hari dah siang, gua bangun. Mengosok-gosok ke…

Lurah Dendam

Image
Gua baru sahaja tak jadi nak publish cerita super erotik yang penuh dengan kelucahan melampau di www.kumprinx.com.
Better luck next time eh?

Sahih! : Nora Danish Bercerai

Image
Bebeh, I forgive you. Take my hand and let's start anew. Give me a call ok?SELEPAS pelbagai spekulasi dibuat mengenai krisis rumah tangga Nora Danish, akhirnya kes permohonan cerai pelakon dan model itu dengan suaminya, Rizal Ashram Ramli, 32, didengar di Mahkamah Syariah, semalam. 

"I ceraikan you talak dua yang membawa maksud talak kali kedua.'' 

Itulah kata-kata penamat hubungan suami isteri antara Rizal Ashram Ramli dengan pelakon jelita, Nora Danish di hadapan Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail semalam.

Talak yang dijatuhkan itu juga menamatkan spekulasi masalah rumah tangga pelakon tersebut yang sedang hamil tiga bulan.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 26, berkata demikian semasa perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah oleh Rizal, 38, pada tarikh tersebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. 

Rizal yang memfailkan permohonan itu tiga minggu lalu dan Nora selaku defendan hadir memberi keterangan tanpa diwakili peguam.

Terdahul…

Maya Karin Kahwin 14 Ogos Ini

Image
Abang tak sangka, tergamak Ayang khianati cinta suci kita...PETALING JAYA 4 Julai – Desas-desus mengenai pelakon popular Maya Karin bakal menamatkan zaman bujang akhirnya terjawab apabila aktres itu mengesahkan dia akan berkahwin pada 14 Ogos ini.

Pelakon berusia 29 tahun itu turut mendedahkan identiti bakal suaminya iaitu Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali. Lelaki berusia 38 tahun itu merupakan seorang guru Matematik yang berasal dari England.

Artis jelita itu berkata, dia dan Steven memilih Bellagio, Itali sebagai lokasi pernikahan mereka.

“Bellagio di Itali menjadi pilihan saya dan Steven kerana ia berdekatan dengan kediaman keluarga bakal mertua saya,” kata pelakon utama filem Pontianak Harum Sundal Malam itu pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Maya, keputusan itu juga dibuat mengambil kira keadaan kesihatan bakal ibu mertuanya yang uzur dan tidak boleh berjalan jauh.

Seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke dan S…