Posts

Showing posts from March, 2009

Dulu Lain Sekarang Lain

Image
Secara jujur gua katakan, sebelum ni gua tak pernah approve sapa-sapa bonceng naik motor berkuasa semi-tinggi gua. Kalau adapun maybe pontianak nak menumpang. Handling dia memang lari kalau berat muatan dia melebihi talaan absorber dia. Kalau berat badan gua menaik beberapa kilo sekalipun, gua terpaksa setting balik monoshock dia. Haiya..

Tapi dulu lain. Sekarang lain beb.. Hehe. Gua tak bawak laju-laju dah. Kelajuan gua paling maksimum hanya tatkala memecut nak loading awek kat belakang tu balik kerja je.

Hardcore 1997 : Konfrontasi Pudin

Tahun 1997 memang zaman hardcore yang strong kat Kuala Lipis. Time tu gua under Tempoyang Chaos Crew (TCC). King Of Letup, Apek Isham, Otam,dan rakan-rakan antara pejuang hardcore yang satu aliran dalam TCC. Petang-petang kitaorang hangout kat Taman Permai sambil bincang-bincang isu hardcore, politics, ideals, porno dan macam-macam lagi. Hujung minggu kami turun town lepak. Scne HC/Punk memang gemilang tahun 1997 tu.

Satu petang kitaorang lepak sambil bincang-bincang. Tetiba ada kutu petik nama Pudin. Kitaorang biasa nampak Pudin ngan rakan-rakan HC diaorang kat town. Pudin memang dressing lebih, tapi kalau bawak borak, tak banyak sangat buah fikiran yang beliau mampu keluarkan. Ingat nak chaos dan fashion je. Sehinggalah pada hari itu gua mengeluarkan statement yang berbunyi "Pudin tu memang poseur..".

Zaman tu perkataan poseur (poser) memang sensitif. Boleh bawak kelahi. Malang nasib gua time tu ada pulak kutu yang bacul bawak laporan ke Pudin sendiri mengenai statement gua …

Brader Makrifat

Image
Dalam banyak-banyak crook kat Kuala Lipis ni, ada sorang yang gua paling gerun. Kami menggelarkan beliau, Brader Makrifat.

Brader Makrifat adalah seorang rakyat kebanyakkan. Gua dah lama perhatikan beliau. Mukanya bengis dan serius. Tak pernah senyum. Gua tak pernah tengok dia hangout ngan sapa-sapa pun. Dia buat hal dia sendiri. kadang-kadang gua nampak dia naik motor, kadang-kadang jalan kaki. Entah mana haluan beliau gua tak tau. Gua tak pernah langsung berteguran dengan Brader Makrifat ni. Kadang-kadang gua nampak beliau naik motor tak angkat tongkat, gua tak berani nak tegur.

Biasa kalau Brader Makrifat lalu depan gua akan saspen. Sebab gua syak Brader Makrifat boleh dengar apa yang gua cakap dalam hati. Pertama kali gua nampak Brader Makrifat kat pasar malam. Gua tengah hangout kat kedai Ice Blended kat town (belilah Ice Blended yang lazat ini, ada makwe tukang bancuh air). Melihatkan muka beliau yang bengis dari kejauhan gua berkata dalam hati "Bengis betul brader ni, entah …