Posts

Showing posts from July, 2009

Hantu Kopek

"Satu.. dua.. tiga.." Kamariah yang bersandar mengadap tiang elektrik mula mengira. Matanyanya dipedapkan ke lengannya.
Amir dan kawan-kawannya mula bertempiaran lari. Amir lah yang paling bersemangat. "Kali ni jangan harap Kamariah nak jumpa aku.." Amir tersengih sendirian sambil berlari menuju semak di penghujung taman permainan itu. Dia memandang ke kiri dan kanan, mencari lokasi yang paling rahsia untuk menyembunyikan diri. Namun semak di hadapannya terlalu tebal.
"Empat puluh tujuh.. empat puluh sembilan.. lima puluh! Jaga-jaga, aku cari!!" jerit Kamariah. Amir menjadi kaget. Dirinya masih terhiling-hiling di kawasan terbuka. Lalang-lalang di hadapannya tiba-tiba berdesir. Terpacul seorang perempuan tua dari dalam semak. Badannya bongkok. Mukanya berkedut seribu. Tangannya terketar-ketar memegang sebatang tongkat. "Kalau adik nak cari tempat sembunyi yang bagus, mari ikut makcik.." katanya sambil tersenyum. Ketika itu azan maghrib mula berk…

Pakcik Berdebor

Pertama kali jumpa pakcik ni dia dengan isteri dia jenis tolak-menolak nak masuk library gua. Last-last gua approach dia tanya apakehal? Adakah mereka memiliki anak yang cun untuk dijodohkan dengan gua? Gua kabo, gua harus menolak dengan sopan sebab gua dah kawen.

Lalu pakcik tersebut berkata dengan nada yang berdebar, "Pakcik nak masuk perpustakaan awak tu, tapi pakcik segan sebab baru balik menoreh ni. Bau getah lagi ni ha..".

Lantas gua pegang tangan pakcik tu dan pimpinnya naik ke library gua. Bininya menyusul. Kat dalam gua bagitau, "Saya tak kisah, masa kecik saya selalu jugak ikut mak saya menoreh getah". Pakcik tu senyum. Gua senyum. Beliau sukakan buku-buku agama. Sehingga hari ini, gua sentiasa merekemenkan beliau buku-buku yang terbaik.